Page 25 - Pengurusan 2020 Induk 26.12.19
P. 25
SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL 2020
Staf Sokongan
Waktu
Peringkat Hari Waktu Bekerja Waktu Rehat Waktu Bekerja
(WP)
WP1 Isnin-Khamis 07.30 pg – 01.00 ptg 01.00 ptg – 02.00 ptg 02.00 ptg – 04.30 ptg
Jumaat 07.30 pg – 12.15 tgh 12.15 tgh – 02.45 ptg 02.45 ptg – 04.30 ptg
WP2 Isnin-Khamis 08.00 pg – 01.00 ptg 01.00 ptg – 02.00 ptg 02.00 ptg – 05.00 ptg
Jumaat 08.00 pg – 12.15 tgh 12.15 tgh – 02.45 ptg 02.45 ptg – 05.00 ptg
WP3 Isnin-Khamis 08.30 pg – 01.00 ptg 01.00 ptg – 02.00 ptg 02.00 ptg – 05.30 ptg
Jumaat 08.30 pg – 12.15 tgh 12.15 tgh – 02.45 ptg 02.45 ptg – 05.30 ptg
WP4 Isnin-Khamis 09.00 pg – 01.00 ptg 01.00 ptg – 02.00 ptg 02.00 ptg – 06.00 ptg
Jumaat 09.00 pg – 12.15 tgh 12.15 tgh – 02.45 ptg 02.45 ptg – 06.00 ptg
10.5.2 Sila ketik kad perakam waktu serta daftar kehadiran pegawai apabila datang dan balik bertugas.
10.5.3 Sekiranya keluar pada waktu bekerja atas urusan rasmi hendaklah MENDAPATKAN KEBENARAN
Pengetua/Penolong Kanan terlebih dahulu dan mengisi Borang Keluar Kawasan atau Borang Tugas Luar
dan ditandatangani oleh Pengetua atau Penolong Kanan.
10.5.4 Tindakan surat tunjuk sebab akan dikeluarkan sekiranya Sistem Perakam Waktu menunjukkan
kedatangan lewat tiga(3) kali dalam sebulan.
10.5.5 Pegawai yang akan menghadiri kursus/mesyuarat rasmi/kegiatan sukan luar sekolah, sila beritahu PK/PK
HEM sehari sebelum tarikh kursus/ mesyuarat itu dan catatkan pada kad perakam waktu serta buku rekod
hadir kursus/mesyuarat.
10.6 PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (PDPC)
10.6.1 Fail rekod PdPc hendaklah dibawa bersama setiap kali PdPc.
10.6.2 PdPc harus dimulakan dengan pengurusan kelas dari segi aspek kesediaan pelajar dan dari segi
kebersihan kelas dan kawalan disiplin.
10.6.3 Buku Kehadiran Kelas ditandatangani pada permulaan pelajaran untuk mengenalpasti pelajar yang
tiada dalam kelas.
10.6.4 Guru digalakkan mempelbagaikan cara PdPc dengan menggunakan peralatan ICT serta bahan sokongan
PdPc, alat bantu mengajar dan edaran yang terancang.
10.6.5 Guru dikehendaki menghabiskan sukatan pelajaran sebelum Peperiksaan Percubaan SPM
bermula. Guru perlulah mengambil tindakan proaktif sekiranya mendapati sukatan pelajaran tidak
dapat diselesaikan dalam jangkawaktu yang ditetapkan dengan mengadakan kelas tambahan atau
program lain yang bersesuaian.
10.6.6 Guru-guru perlulah merancang dengan teliti keperluan latih tubi seperti bahan-bahan yang sesuai,
bilangan latih tubi dan bilangan kertas yang akan digunakan untuk mengelakkan pembaziran.
10.6.7 Semua guru diminta merancang dan memberi latihan yang bermutu (termasuk latihan semasa cuti) dan
membuat semakan latihan secara konstruktif.
10.7 PENGURUSAN BILIK DARJAH
10.7.1 Guru waktu pertama hendaklah mengarahkan pelajar membersihkan kelas sebelum memulakan
pengajaran.
10.7.2 Guru mesti pastikan semua pelajar memberikan tumpuan sepenuhnya kepada proses PdPc.
Tindakan segera harus diambil terhadap pelajar yang tidur atau melakukan aktiviti lain yang tiada kaitan
dengan PdPc.
10.7.3 Guru harus berikan perhatian terhadap semua aspek disiplin pelajar. Perkara-perkara yang perlu diberi
perhatian adalah seperti rambut, pakaian, kasut, tingkah laku negatif dan lain-lain. Di mana perlu, guru
bolehlah laporkan kepada Pengetua/Penolong Kanan.
10.7.4 Guru tidak boleh meninggalkan kelas sewaktu PdPc.
10.7.5 Guru tidak dibenarkan mengambil tindakan fizikal, menghukum pelajar secara penderaan mental, atau
melafazkan kata-kata kesat dan menghina. Sekiranya tingkahlaku pelajar mencabar kewibawaan dan
kesabaran guru, sila laporkan kepada Pengetua/Penolong Kanan dengan segera untuk tindakan
selanjutnya.
24

