Page 29 - Pengurusan 2020 Induk 26.12.19
P. 29
SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL 2020
5.1.4 Pengurusan Personel
1 Menentukan proses pendaftaran, perlantikan, pengesahan dalam jawatan, penempatan ke jawatan
berpencen dan jenis cuti guru serta staf sokongan dilaksanakan dengan baik.
2 Membantu staf sokongan menentukan sasaran kerja dan berbin cang dari semasa ke semasa mengenai
sasaran dan mutu kerja.
3 Menentukan tugasan dan bidang kerja (deployment of staff) dan menjalankan penyeliaan sepanjang
tahun.
4 Memastikan guru memiliki permit mengajar/Buku Biru (Pendaftaran Guru).
5 Mengambil tindakan tatatertib atas pegawai yang melanggar Arahan Perkhidmatan bawah bidang
kuasanya.
6 Menjaga kebajikan pegawai.
5.1.5 Kewangan
1 Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan.
2 Mengawal dan menyemak pemberian perkapita, gaji guru dan staf sokongan, Rekod akaun , laporan
penyata kewangan dan punca-punca kewangan SUWA dan KERAJAAN.
3 Memastikan penyediaan penyata akaun sekolah belum diaudit dan dokumen-dokumen sokongan serta
membuat tindakan susulan atasnya.
4 Mengawal stok dan harta benda sekolah.
5 Mengawal perbelanjaan yang diperlukan oleh setiap bahagian.
5.1.6 Kemudahan Fizikal
1 Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran sekolah berada dalam keadaan baik.
2 Mempertingkatkan keceriaan sekolah.
3 Memastikan kemudahan lengkap dan mencukupi serta sentiasa berada dalam keadaan baik.
4 Memastikan perabot sentiasa berada dalam keadaan baik.
5 Mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselamatan harta benda sekolah.
5.1.7 Pembangunan Organisasi dan Diri
1 Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman.
2 Menggalakkan percambahan fikiran, perkongsian maklumat budaya ilmu serta memberi peluang kepada
guru memperkembang potensi diri.
3 Mengawal “Learning Experiences” berdasarkan pemerhatian, data dan seliaan serta menggunakan
maklumat yang diperolehi untuk pembangunan “Learning Experiences” pelajar.
4 Merancang kursus kesedaran dan kesungguhan kendiri guru.
5 Menggalakkan guru melibatkan diri dalam aktiviti komuniti.
5.1.8 Pembangunan Kendiri
1 Meningkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
2 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).
3 Menghasilkan artikel-artikel yang berkaitan bidang ikhtisas dan pengurusan.
4 Melibatkan diri dengan aktiviti komuniti.
5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya.
6 Menjadi Penasihat PIBG dan Pengerusi Majlis Permuafakatan Sekolah.
7 Menghadiri kursus, seminar dan sebagainya yang dianjurkan oleh Kementerian/ Jabatan dan Agensi-
agensi Luar.
8 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan Profesion Keguruan.
5.2 PENOLONG KANAN AKADEMIK DAN PENTADBIRAN
Bidang Tugas
1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua.
2. Mengajar 12 waktu seminggu mengikut pekelililng 3/67 1982 (Pindaan).
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan
keselamatan.
4. Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.
5. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
28

