Page 27 - Pengurusan 2020 Induk 26.12.19
P. 27
SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL 2020
10.11 PAKAIAN GURU SEMASA BERTUGAS.
10.11.1 Guru perlu sentiasa berpakaian kemas dan bersopan (sila rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1985 dan
SPI Bil 7/2001).
10.11.2 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan dan pada majlis rasmi di sekolah/di
luar sekolah.
10.11.3 Semua guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan mesti memakai pakaian
yang sesuai ketika mengajar di padang : berseluar trek panjang, berkemeja T sukan dan berkasut sukan.
10.12 CUTI
10.12.1 CUTI PENGGAL
Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/1977, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk
menggantikan cuti rehat, tetapi boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi separuh daripada
jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar.
10.12.2 CUTI SAKIT
1. Guru-guru atau kakitangan sekolah yang tidak hadir kerana sakit hendaklah:
i) mendapatkan kebenaran bercuti daripada Pengetua secara lisan atau SMS,
ii) memaklumkan kepada Penolong Kanan setelah mendapat kebenaran Pengetua,
iii) menyerahkan sijil sakit kepada Pengetua/Penolong Kanan,
iv) memohon cuti tersebut di dalam HRMIS.
2. Sijil sakit klinik/hospital swasta yang melebihi 2 hari berturut-turut hendaklah
disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
3. Cuti sakit dari klinik swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam setahun.
4. Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus
akan dilaporkan ke JPN dan KPM untuk menentukan pembayaran gaji.
10.12.3 CUTI REHAT KHAS
1. Cuti ini adalah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
2. Seseorang guru, atas pertimbangan dan budi bicara Pengetua, boleh dibenarkan mengambil
Cuti Rehat Khas dan cuti ini tidak boleh diambil untuk menggantikan cuti sakit.
3. Guru yang ingin memohon CRK hendaklah:
i) mendapat kebenaran daripada Pengetua,
ii) memohon cuti ini melalui HRMIS seminggu sebelum tarikhnya.
Dalam keadaan kecemasan, guru hendaklah
i) mendapatkan kebenaran bercuti daripada Pengetua secara lisan atau SMS,
ii) memaklumkan kepada Penolong Kanan setelah mendapat kebenaran Pengetua,
iii) memohon cuti tersebut di dalam HRMIS.
4. Cuti ini hanya 10 hari setahun.
5. Sekiranya Cuti Rehat Khas atau bakinya pada sesuatu tahun tidak dipohon, ia akan bertukar
kepada Wang Tunai Gantian Cuti Rehat apabila guru berpencen.
10.12.4 CUTI TANPA GAJI
1. Mengikut Perintah Am Bab Cuti Tanpa Gaji, cuti tersebut boleh dipohon diatas .sebab-sebab
persendirian yang mustahak.
2. Kelayakan cuti tanpa gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak
melebihi 180 hari.
3. Cuti tanpa gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.
4. Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah
diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke JPN 10 minggu
sebelum tarikh mula bercuti.
5. Guru-guru tidak digalakkan mengambil cuti tanpa gaji kerana urusan peribadi
kecuali atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan tidak mengganggu pentadbiran
sekolah serta kepentingan pelajar tidak terkorban.
26

