Page 28 - Pengurusan 2020 Induk 26.12.19
P. 28
SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL 2020
10.12.5 CUTI BERSALIN
Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9/2002.
10.12.6 CUTI HAJI
Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1984.
5.0 PANDUAN DAN SENARAI TUGAS
5.1 PENGETUA
Bidang Tugas
1 Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Ko-Kurikulum serta memastikan
pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan dan RRPPS.
2 Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah
3 Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.
4 Mengajar 5 waktu mengikut pekelililng 3/67 1982 (Pindaan).
Senarai Tugas
5.1.1Pengurusan Kurikulum – Kerja Ikhtisas
1. Menyelia dan mengawal polisi dan objektif sekolah selaras sengan polisi Kementerian Pelajaran
Malaysia.
2. Menentukan sasaran sekolah, merancang peningkatan pengajaran dan pembelajaran.
3. Memastikan guru mengajar berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran mengikut
peruntukan waktu yang ditetapkan .
4. Menentukan kualiti dan kuantiti kerja pelajar serta pemeriksaan buku pelajar.
5. Menetukan polisi-polisi mengenai penilaian dan peperiksaan dilaksanakan. Data-data analisis
peperiksaan digunakan untuk perancangan dan tindakan susulan.
6. Menyelia dan mencerap proses PdPc.
7. Memeriksa buku rekod mengajar guru, Buku Kemajuan Pelajar – Buku Profil, Buku Kedatangan Pelajar
dan Buku Kegiatan Kokurikulum dari semasa ke semasa.
8. Mengajar sebilangan waktu.
9. Menentukan dasar tugas pengajaran guru bagi penyediaan jadual waktu.
10. Menentukan keberkesanan Penggunaan PSS.
11. Memastikan panitia mata pelajaran melaksanakan strategi dan program pendidikan dengan berkesan.
12. Menentukan polisi untuk aktiviti kokurikulum.
5.1.2 Pembangunan Diri Pelajar
1 Memastikan pelaksanaan program pembangunan diri pelajar seperti kemahiran mengurus diri,
Kemahiran Belajar dan Motivasi.
2 Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin sekolah.
5.1.3 Pengurusan dan Pembangunan
1 Memastikan pendaftaran kemasukan pertukaran pelajar.
2 Menyemak Buku Jadual Kedatangan pelajar.
3 Menentukan proses pemberian biasiswa dan bantuan-bantuan lain kepada pelajar dijalankan dengan
adil dan mengikut prosedur yang ditentukan.
4 Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks dilaksanakan dengan adil dan baik.
5 Memastikan polisi peperiksaan awam dilaksanakan mengikut peraturan.
6 Menandatangani surat akuan serta sijil berhenti sekolah.
7 Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna.
8 Bertanggungjawab atas penggantungan dan pembuangan pelajar.
9 Mengambil langkah-langkah menjaga keselamatan pelajar semasa berada di sekolah.
10 Memastikan perkhidmatan bimbin gan dan kaunseling berfungsi dengan baik.
27

