Page 26 - Pengurusan 2020 Induk 26.12.19
P. 26

SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL   2020

             10.8   GURU BERTUGAS HARIAN
                    10.8.1  Guru  bertugas  hendaklah  berada  di  tapak  perhimpunan  pada  jam  9.00  pagi  untuk  mengawasi
                           perjalanan perhimpunan, sama ada perhimpunan harian atau perhimpunan mingguan.
                    10.8.3  Guru  bertugas    bertanggungjawab  mengambil  tindakan  sewajarnya  sekiranya  ada  kes  disiplin,  kes
                           kecemasan dan pelajar sakit.
                    10.8.4  Guru bertugas hendaklah mencatat di dalam Buku Laporan guru bertugas segala   maklumat
                           yang  disampaikan  di  dalam  perhimpunan,  dan  semua  aktiviti  yang  berlangsung  semasa
                           perhimpunan. Semua aktiviti serta program di dalam dan di luar   sekolah  hendaklah  dicatat  di
                           dalam ruang Diari Harian.
                    10.8.5  Guru bertugas mesti berada di dewan makan sekolah pada waktu rehat untuk mengawasi disiplin murid.

             10.9   FAIL REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
                    10.9.1  Setiap  orang  guru  akan  diberi  dua  fail  rekod  mengajar,  iaitu  Fail  Rekod  Pengajaran  &  Pembelajaran
                           Tahunan dan Fail Rekod Pengajaran & Pembelajaran Mingguan. Guru-guru adalah bertanggung jawab
                           terhadap keselamatan fail-fail tersebut
                    10.9.2  Semua  butiran  hendaklah  disempurnakan  dengan  teliti,  kemas  dan  dilengkapkan  dengan  maklumat-
                           maklumat berikut:
                           i.     Butir-butir peribadi diri, ikrar
                           ii.    Visi dan Misi sekolah
                           iii.   Kandungan dan Kalendar sekolah
                           iv.    Sukatan pelajaran
                           v.     Rancangan Pembelajaran dan Pengajaran Tahunan
                           vi.    Jadual waktu peribadi/ tingkatan
                           vii.   Senarai buku teks/ rujukan
                           viii.   Rekod Markah Murid
                           ix.    Butir-butir murid (jika guru tingkatan)
                           x.     Maklumat Headcount
                           xi.    Markah Ujian Bulanan/Peperiksaan Pertengahan Tahun/Akhir Tahun/Percubaan
                    10.9.3  Fail Rekod PdPc Mingguan mesti di bawa ke kelas semasa menjalankan PdPc.
                    10.9.4  Fail Rekod PdPc Mingguan hendaklah dihantar ke Bilik Panitia Mata Pelajaran sebelum waktu akhir hari
                           terakhir setiap minggu persekolahan untuk disemak oleh Guru Kanan Mata Pelajaran dan ditandatangani
                           oleh Pengetua/Penolong Kanan.
                    10.9.5  Jika seorang guru bercuti atau berkursus pada hari hantaran Fail Rekod PdPc, fail tersebut hendaklah
                           diserahkan kepada Pengetua/ Penolong Kanan pada hari bekerja seterusnya.

             10.10  BUKU JADUAL KEDATANGAN.
                    10.10.1 Setiap guru tingkatan akan diberi sebuah buku Kedatangan Pelajar. Guru Tingkatan bertanggung jawab
                           memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-
                           kehendak mengenainya yang tercetak di bahagian dalam kulit hadapan.
                    10.10.2 Guru Tingkatan bertanggungjawab mengambil dan menanda kedatangan  secara kemas dan teratur
                           pada setiap hari dan dikembalikan ke pejabat sebelum waktu ketiga (jam 10.30 pagi.) Tugas ini tidak
                           boleh diserahkan kepada pelajar kerana keselamatan buku ini adalah tanggungjawab guru tingkatan.
                    10.10.3 Sekiranya  guru  tingkatan  tidak  hadir,  Mentor  atau  Penyelaras  Tingkatan  bertanggungjawab  menanda
                           kedatangan.
                    10.10.4 Buku Jadual Kedatangan  tidak boleh dibawa balik ke rumah atau ditinggalkan di bilik guru. Buku ini
                           hendaklah sentiasa disimpan di ruang yang disediakan di Pejabat.
                    10.10.5  Guru Tingkatan/Mentor bertanggungjawab mengisi rekod kehadiran pelajar melalui modul e-kehadiran di
                           dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) sebelum 10.30 pagi.
                    10.10.5 Guru Tingkatan perlu mendapatkan bukti ketidakhadiran murid ke sekolah seperti surat ibu bapa/penjaga
                           atau sijil cuti sakit.
                    10.10.6 Guru Tingkatan dikehendaki menghantar surat kepada ibu bapa / penjaga jika didapati seseorang murid
                           tidak hadir ke sekolah lebih daripada 3 hari.
                    10.10.7 Analisis  kedatangan  murid  mesti  dibuat  pada  setiap  akhir  bulan  dan  akan  disemak  oleh  Penyelaras
                           Tingkatan.





                                                             25
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31