Page 25 - tmp
P. 25

SMK Seri Tasik   24
                                                                                          [Mukadimah]

                   Tools PLC
                   1.  Lesson study
                   2.  Learning walks (Jelajah pembelajaran)
                   3.  Peer coaching (Pembimbing instruksi)
                   4.  Teacher sharing session (Sesi perkongsian guru)
                   5.  Book Club
                   6.  Video Critique
                   7.  Analisis Data

                   Lesson Study
                   Pendekatan  Lesson  Study,  guru-guru  sekolah  secara  kolaboratif  berusaha  menghasilkan  Rancangan
                   Pengejaran Harian (RPH) yang berfokus kepada pembelajaran murid. Amalan kolaboratif yang memerlukan
                   penggembelengan  idea,  pengalaman  dan  kemahiran  akan  meningkatkan  pengetahuan  isi  kandungan  dan
                   juga pengetahuan kandungan pedagogi guru.

                   Learning Walks (Jelajah Pembelajaran)
                   Definisi  Learning  Walks  atau  Jelajah  Pembelajaran  ialah  “Berjalan  di  sekeliling  pembelajaran  dalam  bilik
                   dengan  menggunakan  peraturan  dan  fokus  yang  spesifik”.  Pemerhatian  ini  boleh dilaksanakan  walaupun
                   secara pemerhatian tidak formal yang boleh merentas mata pelajaran.

                   Peer Coaching (Pembimbing Intruksi)
                   Peer Coaching merujuk kepada strategi secara sistematik untuk memerhatikan pengajaran guru lain dengan
                   menggunakan kitaran prakonferensi, pemerhatian dan pascakonferensi. Bimbingan rakan sebaya ialah satu
                   proses  yang  melibatkan  dua  atau  lebih  rakan  profesional  bekerja  bersama-sama  untuk  mencerminkan
                   amalan semasa menjalankan penyelidikan bilik darjah atau menyelesaikan masalah di tempat kerja

                   Teacher Sharing Session (Sesi Perkongsian Guru)
                   Sesi  perkongsian  (Sharing  session)  merujuk  kepada  sekumpulan  guru  (dari  institusi  yang  sama  atau
                   berbeza)  bertemu  secara  kerap  atau  berkala  secara  formal  untuk  berkongsi  pengetahuan,  kemahiran,
                   pengalaman dan amalan pendagogi yang terbaik.

                   Book Club
                   Sekumpulan guru membaca dan membincang artikel atau buku setiap bulan

                   Kritikan Video Pengajaran Guru
                   Menonton dan berbincang klip video pengajaran guru

                   Analisis Data
                   Secara kolektif mengkaji dan membincangkan data agregat murid. Tujuannya adalah untuk mencari pola
                   atau  tema  agar  dapat  membuat  keputusan  tentang  penambahbaikan  dalam  bidang  kurikulum  atau
                   mengkategorikan kembali dalam kumpulan yang berbeza.



                                                         STEM

                   1.  STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Engineering) dan Matematik)
                   2.  Diguna pakai secara global
                   3.  Dasar STEM ini menjadi lebih penting kerana perkembangan bidang kerja berkaitan STEM adalah 3 kali
                       ganda berbanding bidang bukan STEM
                   4.  Pekerjaan dalam bidang STEM juga mempunyai kurang risiko untuk pengganguran dan kebiasaannya
                       mereka dibayar dengan gaji yang lebih besar
                   5.  Strategi pembelajaran berkaitan STEM :
                       •   Pembelajaran berasakan Projek
                       •   Pembelajaran berasaskan real-world dibantu oleh intenship dan mentor
                       •   Guru terlatih dan berkemahiran dalam bidang STEM
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30