Page 44 - BUKU PENGURUSAN SMKTM 2022
P. 44
A. PERINTAH AM KERAJAAN BAB ‘D’ TATATERTIB
1. KEHADIRAN BERTUGAS
Saya menarik perhatian semua guru dan kakitangan (AKP) mengenai kehadiran bertugas.
Berikut peruntukan dipetikan daripada Perintah Am Kerajaan Bab `D` 1980 `Kelakuan dan Tatatertib
yang berkaitan dengan perkara di atas.
2.1 (1) Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih
dahulu atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan seseorang
pegawai dikenakan tindakan tatatertib.
(2) Bagi maksud Perintah Am ini, ”Ketidakhadiran” termasuk tidak hadir selama
berapa lama jua pun pada masa dan di tempat di mana pegawai itu dikehendaki
hadir bagi melaksanakan tugas-tugasnya.
Guru-guru dan kakitangan (AKP) yang tidak hadir bertugas kerana sakit hendaklah menyampaikan berita
kepada pihak Pengetua pada pagi hari berkenaan dan diikuti dengan surat cuti sakit. Kakitangan bukan
guru yang mahu bercuti rehat hendaklah mendapat kelulusan bercuti rehat sekurang-kurangnya 3 hari
lebih awal dari tarikh bercuti. (Cuti rehat diperolehi oleh kakitangan bukan guru sahaja mengikut
peruntukan masing-masing).
Guru-guru dan kakitangan hendaklah merekod kehadiran masing-masing.
2.2 (1) Melaporkan kelakuan atau kerja yang tidak memuaskan
Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pegawai untuk menjalankan kawalan dan
penyeliaan tatatertib ke atas pegawai-pegawai bawahannya dan mengambil
tindakan yang sesuai dalam tiap-tiap kes kerana melanggar mana-mana
peruntukan Perintah-perintah Am ini termasuk kelakuan atau kerja yang tidak
memuaskan.
(2) Jika pegawai itu tidak melaporkan hal itu, maka hendaklah disifatkan sebagai
telah melakukan kesalahan kerana tidak cekap dan dengan demikian ia boleh
dikenakan tindakan tatatertib.
2. PERATURAN KEWANGAN SEKOLAH
1.8 (1) Pungutan wang , walau sekecil manapun, hendaklah diserahkan oleh pegawai
memungut kepada Pengetua pada hari pungutan dibuat atau jika lewat pada
hari persekolahan berikutnya.
(2) Semua Pengetua yang menerima hasil kerajaan, walau sekecil manapun,
hendaklah dimasukkan kesemua pungutan itu ke dalam akaun sekolah
pada hari itu juga.
42

