Page 49 - BUKU PENGURUSAN SMKTM 2022
P. 49
22 SURAT RASMI
22.1 Kepala Surat Rasmi Sekolah adalah untuk kegunaan surat-surat rasmi sekolah dan
menggunakan tandatangan PK dan Pengetua sahaja
22.2 Kepala Surat Rasmi Sekolah tidak boleh digunakan untuk surat-menyurat peribadi atau surat
menyurat rasmi peribadi.
22.3 Semua surat rasmi yang ada kaitan dengan perjawatan atau sekolah hendaklah dihantar
melalui Pengetua.
22.4 Satu salinan draf surat yang disediakan oleh Kelab / Persatuan / Pasukan Pakaian Seragam
/ Sukan / Badan – badan lain, mestilah disemak terlebih dahulu oleh Penolong Kanan
sebelum pengetua tanda tangan.
23 FAIL-FAIL RASMI SEKOLAH
23.1 Fail Rasmi tidak dibenarkan dibawa keluar dari pejabat. Segala urusan yang berkaitan
dengannya mesti diselesaikan di pejabat.
23.2 Guru-guru perlu mendapat kebenaran Pembantu Tadbir terlebih dahulu untuk meminjam Fail
Rasmi.
23.3 Fail tersebut mesti diserahkan kepada Pembantu Tadbir dengan segera setelah selesai
menggunakannya.
24 TELEFON DAN MESIN FAKS PEJABAT
24.1 Telefon dan Mesin Faks pejabat hanya boleh digunakan untuk urusan rasmi sahaja.
24.2 Kebenaran Pengetua perlu diperolehi (sekiranya penggunaan bukan tugas rasmi) dan mesti
dicatat di dalam buku Rekod Panggilan Telefon serta membayar kos panggilan tersebut
kepada Pembantu Tadbir.
25 KENYATAAN AKHBAR/MEDIA/LAMAN SOSIAL
25.1 Guru-guru serta Kakitangan AKP DILARANG SAMA SEKALI membuat kenyataan
akhbar/menulis / mencatat berbaur hasutan/fitnah berhubung dengan rakan sejawat/
Sekolah / PPD / Jabatan Pelajaran Negeri / Kementerian Pelajaran Malaysia tanpa
kebenaran pengarah.
Tindakan tatatertib boleh diambil atas kesalahan melanggar ETIKA PERKHIDMATAN
AWAM.
26 BUKU REKOD KEHADIRAN PELAJAR (JADUAL KEDATANGAN MURID)
26.1 Buku ini adalah dokumen rasmi dan menjadi satu kesalahan sekiranya hilang dan satu
laporan polis perlu dibuat.
26.2 Buku ini amat penting bagi kegunaan pihak Audit.
26.3 Buku ini adalah dokumen penting mengenai pelajar dan guru-guru tingkatan hendaklah
memastikan semua maklumat yang diperlukan adalah betul, lengkap dan terkini.
26.4 Buku ini mesti disimpan di Pejabat Sekolah pada setiap masa. Sekiranya guru perlu
membawa keluar daripada pejabat, sila isi buku pergerakan register serta memaklumkan
kepada PK HEM.
26.5 Buku ini TIDAK BOLEH dibawa pulang ke rumah atau disimpan dalam Bilik Guru.
26.6 Sila baca dan ambil tindakan segera tentang peraturan menanda kedatangan pelajar
sebagaimana yang terdapat dalam buku tersebut.
26.7 GURU TINGKATAN /PENYELIA TINGKATAN mesti menanda kehadiran pelajar tiap-tiap
hari dan membuat analisa kehadiran setiap akhir bulan.
26.8 Tulisan hendaklah jelas, kemas, bersih dan boleh dibaca. Sekiranya berlaku sebarang
kesilapan, potong dan tandatangan ringkas di tempat tersebut. Dilarang menggunakan
cecair pemadam (liquid paper atau seumpamanya). Gunakan pen dakwat hitam sahaja.
26.9 Adalah menjadi tanggungjawab Guru Tingkatan menjaga kebersihan, kekemasan dan
keselamatan buku ini sepanjang masa.
27 GURU SEBAGAI ‘ROLE MODEL’
27.1 Sebagai seorang pendidik, guru adalah ‘role model’ kepada pelajar-pelajar.
27.2 Sebagai ‘role model’, setiap orang guru seharusnya pada setiap masa berfikiran matang,
rasional, bijak, positif dan proaktif.
47

