Page 45 - BUKU PENGURUSAN SMKTM 2022
P. 45
B. PERATURAN-PERATURAN AM PENTADBIRAN DAN FAIL MEJA PENGURUSAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MELATI
1. WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN (WAKTU BERTUGAS)
1.1 Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam jadual waktu pengajaran dan
pembelajaran setiap hari sesi persekolahan.
1.2 Semua guru wajib berada di dalam kawasan sekolah pada waktu bertugas/persekolahan.
2. WAKTU PERSEKOLAHAN
2.1 Semua guru hendaklah sampai dan berada di sekolah serta merakam kehadiran
(Punch Card) sekurang-kurangnya 5 minit sebelum loceng pertama dibunyikan.
2.2 Loceng pertama akan dibunyikan pada pukul 7.20 pagi dan loceng ke dua akan dibunyikan
pada 7.30 pagi.
3. PAKAIAN GURU & AKP SEMASA BERTUGAS
3.1 Guru-guru dan AKP adalah WAJIB mematuhi peraturan-peraturan berpakaian sebagaimana
yang digariskan dalam Surat Pekeliling Bil 6/1995.
3.2 Digalakkan memakai baju batik pada setiap hari Khamis
3.3 Memakai tanda nama ketika berada dalam kawasan sekolah
3.4 Sentiasa memakai pakaian lengkap dan kasut bertutup dan bertumit semasa waktu bekerja:
Perempuan - Pakaian Kebangsaan Melayu / suit / sopan sedondon
Lelaki - Kemeja lengan panjang dan bertali leher
TIDAK DIBENARKAN:
Memakai pakaian ketat (kain getah / lycra), skrit dan berbelah atas paras lutut, berbaju tanpa
lengan, berpakaian nipis tanpa alas, memakai jubah / ‘long dress / maxi’ (kecuali guru
agama dan tidak berwarna hitam) / “pakaian santai” (two pieces) / jeans sewaktu bertugas
atau aktiviti rasmi sekolah.
DIBENARKAN BERSYARAT:
Jubah pada hari-hari kebesaran Islam.
4. REKOD KEHADIRAN GURU
4.1 Semua guru wajib merakam kehadiran diri semasa tiba di sekolah dan waktu pulang..
4.2 Kegagalan merakam kehadiran diri akan dianggap sebagai guru tersebut tidak hadir ke
sekolah.
4.3 Rekod kehadiran guru adalah dokumen rasmi yang boleh dikemukakan sebagai bahan bukti
dimahkamah apabila diperlukan.
4.4 Guru-guru yang hadir untuk aktiviti kokurikulum dan kelas-kelas tambahan juga perlu
merekodkan dan menandatangani Buku Kehadiran Kokurikulum/Kelas Tambahan.
5. KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH SEWAKTU BERTUGAS
5.1 Guru-guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sewaktu bertugas kecuali setelah
mendapat kebenaran daripada Pengetua.
5.2 Guru-guru yang mendapat arahan keluar daripada JPN/PPD/PSPN/MSSK hendaklah
merekodkan dalam buku pergerakan guru mengikut nama masing-masing.
5.3 Guru-guru yang akan keluar waktu sekolah (urusan peribadi/tidak rasmi) hendaklah
mendapat kelulusan secara bertulis daripada pengetua. Guru berkenaan juga perlu
merekodkan ke dalam Buku Rekod Kebenaran keluar di pejabat sekolah terlebih dahulu
sebelum keluar kawasan sekolah.
5.4 ‘Buku Rekod Guru Keluar’ juga adalah dokumen rasmi yang boleh dijadikan sebagai bahan
bukti di mahkamah apabila diperlukan.
5.5 Guru yang akan meninggalkan kelas perlu mengganti PdP kelas berkenaan sama ada
sebelum atau selepas beliau kembali semula ke sekolah. Guru dinasihatkan membuat
perancangan awal untuk melaksanakan ‘barter’ waktu PdP dengan guru MP lain yang
mengajar kelas yang sama. Setiap guru yang meninggalkan PdP dianggap “berhutang” dan
perlu membayar waktu tersebut.
43

