Page 46 - BUKU PENGURUSAN SMKTM 2022
P. 46

6.   CUTI
                    6.1   Guru-guru    layak  mendapat  cuti-cuti  sebagaimana  yang  diperuntukkan  dalam  Perintah-
                          Perintah AM Bab C Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

                    6.2   CUTI SAKIT / KECEMASAN
                          6.2.1   Guru-guru yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit atau hal-hal kecemasan
                                  lain hendaklah memaklumkan dengan segera kepada Pengetua sama ada melalui
                                  telefon atau melalui guru-guru lain atau apa cara sekalipun.
                          6.2.2   Sijil  Perakuan  Doktor  (sekiranya  cuti  sakit)  mesti  diserahkan  kepada  Pengetua
                                  dengan SEGERA apabila kembali bertugas.
                          6.2.3   Bagi  guru-guru  yang  cuti  bersalin,  Sijil  /  Surat  Perakuan  Doktor  (original)    mesti
                                  diserahkan    segera  kepada  Pengetua  /  Pihak  sekolah  untuk  memudahkan  urusan
                                  guru ganti.
                          6.2.4   Bagi  kes-kes  kecemasan  yang  lain  (kematian  /  sakit  tenat  saudara-mara  /  waris
                                  terdekat  atau  bencana  alam  atau  sebagainya),  sila  berbincang  dengan  Pengetua
                                  untuk mendapat cuti.
                          6.2.5   Permohonan cuti adalah secara online (HRMIS) mulai Januari 2015.
                          6.2.6   Serahan  CUTI  SAKIT  PALSU  adalah  satu  kesalahan  berat  dan  akan  dikenakan
                                  tindakan undang-undang.

                    6.3   CUTI REHAT KHAS / CUTI TANPA REKOD / CUTI TANPA GAJI
                          6.3.1   Untuk memohon cuti ini sila rujuk perkara 6.1 dan surat pekeliling yang berkaitan.
                          6.3.2   Sila  berbincang  dengan  Pengetua  terlebih  dahulu  sebelum  mengisi  borang
                                  permohonan semua jenis cuti.
                          6.3.3   Dapatkan borang permohonan di pejabat sekolah dan serahkan kepada  Pengetua
                                  borang yang telah lengkap diisi untuk kelulusan rasmi.
                          6.3.4   Sila rekodkan  dalam buku guru tiada di sekolah dan di papan putih (white board)
                                  pejabat untuk tujuan penyeliaan jadual guru ganti (relief)

                    6.4   TIDAK HADIR BERTUGAS TANPA CUTI
                          6.4.1   Sila  rujuk  Perintah  Am  Bab  D  (Tatatertib).  Boleh  dikenakan  surcaj  /  tindakan
                                  tatatertib.

               7.   KELUAR  NEGARA
                    7.1   Guru-guru  yang  berhajat  untuk  ke  luar  negera  semasa  cuti  persekolahan  MESTI  mengisi
                          Borang  Kebenaran  Ke  Luar  Negara  yang  boleh  diperolehi  di  pejabat  sekolah    (sebulan
                          sebelum perjalanan di lakukan)

               8.   BUKU REKOD  MENGAJAR (BRM)/FAIL REKOD MENGAJAR (FRM)
                    8.1   BRM / FRM adalah dokumen rasmi dan wajib dimiliki serta disediakan oleh semua guru.
                    8.2   BRM / FRM mesti dilengkapi dengan maklumat-maklumat berikut:-
                          8.2.1   Sukatan Pelajaran
                          8.2.2   Rancangan Pelajaran
                          8.2.3   Jadual Waktu Persendirian dan Kelas
                          8.2.4   Senarai Buku-buku Rujukan
                          8.2.5   Biodata Diri Guru
                          8.2.6   Senarai Nama Pelajar
                          8.2.7   Rekod persediaan mengajar
                          8.2.8   Markah  Ujian / Peperiksaan / headcount
                    8.3   BRM/FRM  mesti dihantar ke pejabat sekolah pada setiap minggu hari Jumaat untuk tujuan
                          pemeriksaan pentadbiran.
                    8.4   Guru-guru yang ditugaskan menjadi Guru Ganti diwajibkan merekod  dalam BRM  perkara-
                          perkara berikut:-
                          8.4.1   Mata pelajaran
                          8.4.2   Tingkatan
                          8.4.3   Waktu
                          8.4.4   Rekod pengajaran pada waktu relief.


                                                                                                           44
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51