Page 48 - BUKU PENGURUSAN SMKTM 2022
P. 48

15  PERHIMPUNAN MINGGUAN
                    15.1 Se  Semua  guru  DIWAJIBKAN  berada  di  Tempat  Perhimpunan  Rasmi  Mingguan  dan  Acara
                          Rasmi    Sekolah dan kehadiran akan direkodkan.
                    15.2   Jawatankuasa  Perhimpunan  Mingguan  perlu  memastikan  keadaan  tempat  perhimpunan
                          teratur dan PA sistem berada dalam keadaan sempurna sebelum majlis dimulakan.
                    15.3   Ucapan dan pengumuman hendaklah ringkas dan padat.
                    15.4   Surat Pekeliling Iktisas Bil.4 / 1984 wajib dipatuhi.

               16  MESYUARAT / TAKLIMAT GURU
                    16.1  Semua  mesyuarat  /  taklimat  yang  dirancang  oleh  sekolah  adalah  termasuk  dalam  tugas
                          rasmi yang mesti dihadiri oleh semua guru.
                    16.2   Semua  mesyuarat  mesti  mempunyai    surat  panggilan  mesyuarat,  agenda  dan  minit
                          mesyuarat
                    16.3   Minit mesyuarat mesti disampaikan kepada ahli mesyuarat sebelum mesyuarat dimulakan.
                          Minit  mesyuarat  mesti  disiapkan  selepas  7  hari  mesyuarat  berlangsung    dan  diserahkan
                          untuk disemak oleh PK kemudian disahkan oleh pengetua dan disimpan dalam fail  untuk
                          persediaan mesyuarat berikutnya.
                    16.4   ‘Morning Prayer’ akan di adakan sekurang-kurangnya sekali seminggu.

               17  KURSUS / MESYUARAT / SEMINAR / TAKLIMAT
                    17.1   Kursus-kursus / Mesyuarat / Seminar / Taklimat dianjurkan oleh PPD / JPN / PSPN / IAB
                          atau Kementerian Pelajaran adalah termasuk dalam bidang Perkhidmatan Pengurusan.
                    17.2   Guru-guru yang dipanggil adalah wajib menghadari kursus / mesyuarat / seminar /  taklimat
                          yang dianjurkan oleh pihak yang disebut di atas ( 17.1 )
                    17.3   Guru-guru yang akan menghadiri majlis-majlis di atas dikehendaki   merekodkan di
                          dalam buku / fail yang disediakan di pejabat sekolah ( Rekod Guru Berkursus) dan
                          merekodkan ke papan putih ( white board) di pejabat untuk penyediaan Jadual
                          Guru   Ganti.
                    17.4   Sekiranya masa keluar selepas  pukul 10 pagi, guru dikehendaki datang ke sekolah terlebih
                          dahulu  kemudian  isi  dalam  buku  kebenaran  untuk  keluar  mesyuarat.  Guru  mesti  berada
                          sekurang-kurangnya 4 jam d sekolah sebelu  keluar.
                    17.5   Guru-guru  dikehendaki  kembali  bertugas  ke  sekolah  seandainya  mesyuarat  ditamatkan
                          awal.
                    17.6   Guru-guru dikehendaki membawa booklet minit curai.

               18  PEMBELIAN ALAT - ALAT
                    18.1  Guru-guru  yang  memerlukan  peralatan  baru  atau  perkhidmatan      hendaklah
                          mengemukakannya kepada Guru Kanan Mata Pelajaran atau Ketua-ketua Panitia.
                    18.2   Guru-guru  tidak  boleh  membuat  pesanan  sendiri  dengan  sesebuah    syarikat  (termasuk
                          koperasi sekolah ) tanpa melalui Ketua Panitia / Guru Kanan.
                    18.3   Ketua-ketua  Panitia  /  Unit  wajib  mendapatkan  Perbandingan/sebut  Harga  untuk  membeli
                          sesuatu barang yang lebih daripada RM 500.00 untuk satu unit.

               19  PENJUAL / PENGEDAR BARANGAN
                    19.1   Penjual / Pengedar tidak dibenarkan berjumpa dengan guru tanpa kebenaran Pengetua.
                    19.2   Promosi atau mengiklankan sesuatu barang adalah dilarang KECUALI mendapat kebenaran
                          Pengetua.

               20  PELAWAT
                    20.1   Pelawat  mesti  memakai  pass  pelawat  dan  merekod  hadir  di  pondok  jaga.  Pelawat    tidak
                          dibenarkan berjumpa guru atau pelajar tanpa kebenaran Pengetua terlebih dahulu.
                    20.2   Guru-guru diminta menggunakan ruang yang disediakan di pejabat sekolah untuk berjumpa
                          dengan pelawat (tidak dibenarkan memasuki kawasan bilik guru)

               21  BILIK GURU
                    21.1   Keceriaan dan kebersihan Bilik Guru adalah menjadi tanggngjawab setiap guru.
                    21.2   Jadikan Bilik Guru sebagai contoh kepada pelajar dari segi keceriaan dan kebersihan.


                                                                                                           46
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53