Page 47 - BUKU PENGURUSAN SMKTM 2022
P. 47

8.5   Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran Tahunan hendaklah ditandatangani oleh Guru
                          Kanan Mata Pelajaran sebelum disemak oleh Pengetua.
                    8.6   BRM/FRM  adalah  dokumen  yang  dapat  membantu  dalam  menyediakan  Sasaran  Kerja
                          Tahunan (SKT) dan penting untuk Penilaian Prestasi Tahunan.
                    8.7   Sekiranya HILANG: Buat laporan polis.
                          *Jika kehilangan di luar kawasan sekolah, denda tidak kurang RM 500.

               9    WAKTU MENGAJAR
                    9.1   Setiap guru mesti mematuhi jadual waktu mengajar yang ditetapkan.
                    9.2   Sewaktu/sebelum  mengajar, adalah menjadi tanggungjawab setiap orang guru supaya:
                          9.2.1   Kelas berada dalam keadaan teratur dan kondusif.
                          9.2.2   Kelas bersih dan kemas.
                          9.2.3   Semak bilangan pelajar, catat dan tandatangani Borang Kawalan Kelas.
                          9.2.4   Sila catat objektif PdPc dan kehadiran di papan putih.

               10  GURU GANTI
                    10.1   Sila baca dan fahami Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran mengenai Guru ganti    dan
                          Masa Luang (Free Period) guru-guru.
                          Waktu  free  period  adalah  masa  untuk  guru  menyiapkan  tugasan  dan  persediaan  kelas
                          berikutnya.
                    10.2   Semua guru adalah wajib mematuhi Jadual Guru Ganti yang ditetapkan.
                          Sila baca Perkara 8.4.

               11  BUKU RAMPAIAN/BUKU LATIHAN/BUKU KERJA/BUKU NOTA PELAJAR
                    11.1   Buku-buku tersebut hendaklah sentiasa diperiksa dengan teliti.
                    11.2   Buku-buku hendaklah SEGERA diperiksa sebaik sahaja dihantar oleh pelajar-pelajar. Buku-
                          buku yang telah diperiksa hendaklah SEGERA dikembalikan kepada pelajar.
                    11.3   Sila turunkan tandatangan ringkas dan tarikh di dalam buku yang telah diperiksa.
                    11.4   Pengetua/Penolong-penolong Kanan dan Guru-guru Kanan akan menyemak buku-buku
                          tersebut mengikut jadual yang telah ditetapkan.
                    11.5   Ibu bapa/ penjaga juga akan diminta sentiasa menyemak buku-buku anak-anak mereka.

               12  GURU SEBAGAI GURU DISIPLIN DAN GURU BIMBINGAN
                    12.1   Setiap orang guru adalah GURU DISIPLIN dan GURU BIMBINGAN.
                    12.2    Setiap orang guru adalah bertanggungjawab mengawal tingkah laku   pelajar pada setiap
                          masa.
                    12.3   Guru-guru  hendaklah  sentiasa  memberi  BIMBINGAN  kepada  pelajar  dan  sentiasa
                          mengamalkan budaya ‘SEKOLAH PENYAYANG’.
                    12.4   Peraturan-peraturan sekolah boleh dijadikan panduan untuk guru-guru mengurus disiplin dan
                          membimbing murid.

               13  KESELAMATAN PELAJAR
                    13.1   Adalah menjadi tanggungjawab SEMUA GURU menjaga KESELAMATAN  murid  sepanjang
                          masa sewaktu berada dalam kawasan sekolah.
                    13.2   Jika berlaku kemalangan  atau kecederaan, guru hendaklah dengan segera memaklumkan
                          kepada Pengetua atau Penolong-penolong Kanan, ibu/bapa/penjaga serta guru bertugas.
                    13.3   Peraturan  keselamatan  yang  disediakan  mesti  dimaklumkan  kepada  pelajar-pelajar  dan
                          semua pihak hendaklah mematuhinya.
                    13.4   Latihan kebakaran dan ‘taskforce’  bencana wajib diadakan sekurangnya dua kali setahun.

               14  KOKURIKULUM
                    14.1   Penglibatan dan kehadiran guru dalam aktiviti kokurikulum adalah WAJIB.
                    14.2   Guru-guru yang tidak dapat hadir perlu memberi  Surat Tunjuk  Sebab  kepada  Pengetua.
                    14.3   Guru-guru dikehendaki menandatangani kehadiran dalam Buku Kehadiran Kokurikulum.





                                                                                                           45
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52