Page 10 - BUKU PENGURUSAN SK(F)LM 2019 (Induk)
P. 10
PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019
PANDUAN AM GURU DAN STAF SOKONGAN
1. PERINTAH AM
Sebagai penjawat awam, guru-guru da kakitangan sekolah adalah tertakluk dengan arahan
yang terdapat di dalam Perintah am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dan kakitangan
dikehendaki memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut serta pekeliling-pekeliling
berkaitan.
2. ASAS PENGURUSAN SEKOLAH
2.1. Guru dan staf sokongan hendaklah membaca, memahami dan menghayati Rukun
Negara, Falsafah Pendidikan kebangsaan, Etika Kerja Islam, Teras Perkhidmatan
dan Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia.
2.2. Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi sekolah.
2.3. Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi dan Objektif Sekolah.
2.4. Bertekad dan beriltizam melaksana Piagam Pelanggan Sekolah.
2.5. Dalam menjalankan tugas, meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah melebihi
kepentingan peribadi.
2.6. Semua guru adalah guru disiplin.
2.7. Semua guru adalah guru kaunseling
3. WAKTU HADIR / WAKTU PULANG
3.1. Jadual waktu persekolahan / waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan.
3.2. Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah pada jam 7.15 pagi setiap hari
sebelum waktu persekolahan dan merekod SENDIRI waktu sampai di pejabat.
3.3. Guru hendaklah memberitahu Guru Besar secepat mungkin, kiranya tidak dapat hadir
atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab munasabah.
3.4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali
dalam keadaan kecemasan.
3.5. Waktu bekerja semua staf sokongan mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam
yang sedang berkuatkuasa.
3.6. Guru adalah digalakkan balik selepas 10 minit waktu pulang rasmi.
3.7. Biar murid pulang dahulu untuk elakkan kesesakan.
3.8. Guru / staf perlu tunjukkan teladan yang baik.
3.9. Pastikan guru / staf merekod SENDIRI waktu pulang.
4. KELUAR WAKTU BERTUGAS
4.1. Pada waktu persekolahan / kerja guru dan staf sokongan tidak dibenarkan
meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat
dielakkan dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau Penolong
Kanan (jika ketiadaan Guru Besar).
4.2. Guru dan staf sokongan dikehendaki mencatat dalam Buku Kebenaran Keluar di
pejabat.
4.3. Kerja bertulis / tugasan hendaklah disediakan untuk pelajar sebelum meninggalkan
sekolah.
4.4. Guru dan staf sokongan hendaklah merekod waktu semasa keluar dan masuk
semula dalam Buku Kebenaran Keluar.

