Page 13 - BUKU PENGURUSAN SK(F)LM 2019 (Induk)
P. 13
PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019
7.7. Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat
Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari
sebagai Cuti Tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah; suami atau isteri,
anak-anak, ibu dan bapa kandung. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan
pelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
8. PAKAIAN
8.1. Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan
masyarakat. Semua jenis pakaian ‘jenas’ tidak dibenarkan.
8.2. Pakaian berbentuk seluar, pakaian nipis, ketat, menampakkan bentuk badan
8.3. Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang
sesuai.
8.4. Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut / sepatu, guru perempuan juga
dikehendaki memakai sepatu (lasut sarung / bukan sandal) supaya kelihatan lebih
kemas dan rasmi.
8.5. Semua guru digalakkan memakai pakaian batik pada setiap hari Khamis.
8.6. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani / Aktiviti Kokuriulum dikehendaki memakai
pakaian yang sesuai:
8.6.1. Guru Perempuan : Seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T
berlengan panjang labuhnya melebihi paras punggung, kemeja sukan, baju
trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
8.6.2. Guru lelaki : Seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja
sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
9. TANDA NAMA
Semua guru dan staf sokongan hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan,
majlis rasmi di sekolah atau apabila ada urusan rasmi di luar sekolah.
10. TUGAS GURU
10.1. Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga
pentadbiran. Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan
bertanggungjawab.
10.2. Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat, di PPD / JPN atau sekolah lain
hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain
melaksanakannya tanpa keizinan Guru Besar.
10.3. Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit
curai hendaklah dikemukakan kepada Guru Besar dengan menggunakan borang
khas
yang boleh diperolehi di pejabat Sekolah.
10.4. Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila
balik ke sekolah hendaklah menjalankan “In-House Training” kepada guru dan
dimaklumkan kepada Guru Besar / Penolong Kanan tarikh dan masa
pelaksanaannya.
10.5. Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan
bertulis untuk pelajar dan memaklumkan kepada Ketua Panitia / Penolong Kanan.

