Page 11 - BUKU PENGURUSAN SK(F)LM 2019 (Induk)
P. 11
PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019
5. MELAKUKAN KERJA LUAR
Penjawat Awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi
Perintah Am Bab “D” seperti berikut :-
5.1. Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.
5.2. Dibenarkan dengan syarat :-
5.2.1. Tidak dilakukan semasa waktu bekerja / pejabat.
5.2.2. Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam.
5.2.3. Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan
kepentingan jabatan.
6. DISIPLIN GURU
6.1. Menghayati tatasusila profesion perguruan sebagai satu profesion dan bukan sebagai
satu kerja :-
1.1.1. Bertanggungjawab begi menentukan pencapaian akademik dan pendidikan
semua murid dengan memuaskan.
1.1.2. Menjalankan tugas-tugas kokurikulum seperti mana yang ditetapkan dan
ditugaskan. Setiap kegiatan yang melibatkan murid perempuan mestilah
dihadiri bersama oleh guru perempuan.
1.1.3. Batasan pergaulan antara sesame kakitangan dan murid-murid hendaklah
sentiasa dijaga.
6.2. Menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang.
6.2.1. Menepati masa.
6.2.2. Semua projek yang dirancangkan di peringkat sekolah hendaklah
dilaksanakan dengan sempurna.
6.2.3. Guru gantilah mesti terima dengan rela hati dan penuh rasa setiakawan
memasuki dan mengajar kelas-kelas yang telah ditetapkan.
6.2.4. Tidak dibenarkan membuat kenyataan akhbar.
6.2.5. Segala masalah pelajaran dan pembelajaran hendaklah dirundingkan.
6.3. Mengutamakan kepentingan setiap murid di sekolah.
6.3.1. Adalah menjadi tanggungjawab bersama guru-guru terhadap masalah disiplin
dan akhlak.
6.3.2. Guru-guru bertanggungjawab mengatasi dan mengawasi masalah ponteng,
kesihatan, kebajikan, kebersihan murid, bilik darjah dan sekolah.
6.3.3. Bersikap tegas terhadap pelajar tetapi elakkan dari melakukan deraan.
6.3.4. Denda yang dikenakan hendaklah berbentuk positif dan memberi pengajaran
kepada murid. Denda yang boleh merugikan murid-murid di dalam pelajaran
adalah dilarang.
6.4. Waktu tidak mengajar (Free Period)
6.4.1. Bukan ‘free’ mutlak tetapi ‘non teaching period’.
6.4.2. Gunakan untuk membuat perancangan, menyemak kerja murid, sediakan
BBM, buat rujukan atau menulis persediaan mengajar.
6.4.3. Berbincang secara professional dengan rakan sejawat tentang masalah murid
dan PdP.
6.4.4. MAKAN sekadar menghilangkan lapar.
6.4.5. Jangan mewujudkan ‘Budaya Kopitiam”.
6.5. Tugas mengawas Peperiksaan Dalaman.
6.5.1. Diwajibkan untuk semua guru.
6.5.2. Mesti ikut waktu mula hingga waktu tamaty seperti yang telah ditetapkan
dalam Jadual Pengawasan Kelas.
6.5.3. Dilarang melakukan aktiviti lain seperti emmeriksa kertas jawapan pelajar,
membaca akhbar, menanda buku latihan atau berbual dengan rakan sejawat.

