Page 15 - BUKU PENGURUSAN SK(F)LM 2019 (Induk)
P. 15

PENGURUSAN & TAKWIM  SEKOLAH
                                                                                                       TAHUN 2019

               15.     BUKU LATIHAN MURID
                       15.1.  Guru-guru hendaklah memberitahu murid-murid untuk hanya menggunakan buku
                              latihan yang ada dijual di kedai buku sekolah atau mana-mana buku latihan yang
                              dipersetujui oleh Guru Besar untuk kegunaan mereka.
                       15.2.  Guru-guru hendaklah mempastikan setiap murid membuiat kerja latihan yang
                              diarahkan dan mengawasi supaya segala kerja murid dilakukan dengan bersihm
                              kemas dan teratur.
                       15.3.  Guru-guru dikehendaki menyerah buku-buku latihan murid ini kepada Ketua Panitia /
                              Penolong Kanan / Guru Besar untuk ditandatangani.

               16.     LATIHAN BERTULIS DAN PEMERIKSAANNYA
                       16.1.  Guru hendaklah memberi latihan bertulis kepada murid-murid seberapa kerap yang
                              mungkin.
                       16.2.  Latihan yang diberi hendaklah yang boleh mencabar kebolehan keupayaan murid.
                       16.3.  Pemeriksaan latihan bertulis hendaklah dilakukan oleh guru sendiri dan dijalankan
                              secepat mungkin dan hendaklah sentiasa kemaskini.  Guru-guru tidak boleh
                              menyimpan satu-satu buku latihan murid-murid lebih dari satu minggu di bilik darjah.

               17.     PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEJAWAT
                       17.1.  Guru dan staf sokongan perlu menjalinkan hubungan peribadi secara professional
                              yang baik dan sihat sesame rakan dan hendaklah sentiasa memelihara tutur kata
                              supaya wujud perasaan kekitaan dalam organisasi.
                       17.2.  Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status social,
                              sosio ekonomi, kelulisan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud
                              di sekolah.
                       17.3.  Guru-guru dikehendaki sentiasa bekerjasama diantara satu sama lain dan
                              mewujudkan kemesraan dan keseronokan semasa bertugas.

               18.     GURU SEBAGAI PEMIMPIN TELADAN DI SEKOLAH
                       18.1.  Guru-guru dikehendaki menonjolkan sikap kepimpinan yang baik untuk dijadikan
                              teladan kepada murid-murid.
                       18.2.  Guru-guru / staf sokongan dilarang merokok di kawasan sekolah.
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20