Page 14 - BUKU PENGURUSAN SK(F)LM 2019 (Induk)
P. 14
PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019
11. REKOD MENGAJAR
11.1. Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan Rekod Mengajar, Semua
butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku ini
hendaklah diserahkan kepada Guru Besar setiap hari Jumaat untuk disemak dan
ditandatangani.
11.2. Guru yang bercuti, buku rekodnya hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan
untuk urusan guru pengganti.
11.3. Setiap akhir tahun persekolahan, Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat
sekolah.
12. SURAT MENYURAT
Semua surat rasmi yang menggunakan “letter head sekolah hendaklah ditandatangani oleh
Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan.
12.1. Terdapat surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedarkan kepada guru untuk
diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap
surat-surat tersebut.
12.2. Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan menyatakan melalui dan
salinan kepada Guru Besar, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.
12.3. Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar mengedarkannya untuk
tindakan guru berkenaan maka guru itu hendaklah :-
12.3.1. Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika
salinan asal sila minta difotostat terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan
dalam fail dipejabat.
12.3.2. Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam borang
yang dilampirkan, maka borang tersebut hendaklah ditaip dan setelah
lengkap disi hendaklah diserahkan kepada Pembantu Tadbir untuk disediakan
surat litup / iringan (covering) dan hantar segera ke pihak yang berkenaan 3
hari sebelum tarikh akhir dan elakkan menerima peringatan daripada pihak
berkenaan.
12.3.3. Segala surat rasmi sekolah yang dituju kepada pihak luar hendaklah hanya
ditandatangani oleh Guru Besar sahaja, kecuali jika beliau sedang bercuti dan
sebagainya, maka surat itu akan ditandatangani oleh Penolong Kanan bagi
pihak Guru Besar.
13. KELUAR MASUK KELAS MENEPATI MASA
Guru-guru dikehendaki memasuki kelas untuk mengajar dan menepati masa. Demikian juga
guru-guru yang sedang mengajar dikehendaki menamatkan pengajarannya sebaik sahaja
masa tamat.
14. PERLAKUAN WAKTU MENGAJAR
14.1. Semasa mengajar guru-guru hendaklah berada di dalam keadaan yang cergas serta
membolehkan mereka mengawal murid dengan baik serta menyampaikan
pengajaran dengan teratur. Mengajar sambil duduk / bertenggek di atas meja adalah
tidak dibenarkan.
14.2. Semasa mengajar guru-guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang
aktif. Jangan sama sekali membiarkan mana-mana pelajar tidur dan membuat bising.

