Page 12 - BUKU PENGURUSAN SK(F)LM 2019 (Induk)
P. 12
PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
TAHUN 2019
7. CUTI
7.1. Cuti Rehat / Cuti Penggal
Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046. SJ/A (30) bertarikh
24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapati cuti penggal sekolah untuk
menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak
melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-
tugas selain daripada tugas mengajar biasa.
7.2. Cuti Rehat Khas(CRK)
7.2.1. Cuti Sambilan tidak lebih daripada tujuh (7) hari yang diberi kepada Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4
Tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak sepuluh (10) hari
dalam satu tahun kalendar, (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 2017)
7.2.2. Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun
berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang
Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang layak.
7.2.3. Layak dipohon dan kelulusan atau budi bicara Guru Besar dengan syarat tidak
menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran
sekolah.
7.2.4. Mesti dipohon daripada Guru Besar dengan berjumpa secara peribadi BUKAN
isi borang dan ditinggalkan kepada Pembantu Tadbir.
7.2.5. Isi borang setelah mendapat kebenaran.
7.2.6. Permohonan hendaklah dibuat lebih awal sekurang-kurangnya 3 hari
sebelum, kecuali kes-kes kecemasan (perlu maklum melalui telefon).
11.2.7. CUTI BUKAN ALASAN UNTUK MELEPASKAN TANGGUNGJAWAB.
GURU BESAR BERHAK MEMBATALKAN CUTI ATAU MEMANGGIL
GURU KEMBALI BERTUGAS SEKIRANYA PERLU.
7.3. Cuti Sakit
7.3.1. Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari
berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
7.3.2. Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Doktor Swasta tidak melebihi 15 hari dalam
setahun.
7.3.3. Cuti Sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-
putus akan dilaporkan kepada PPD/JPN dan KPM.
7.3.4. Semua jenis Cuti Sakit hendaklah dilaporkan kepada PPD/JPN dan KPM.
7.4. Cuti Keluar Negara
Semua guru yang bercuti keluar Negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan
borang permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 5 minggu
sebelum tarikh bercuti.
7.5. Cuti Khas – Isteri Bersalin
Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai Cuti Tanpa Rekod kepada anggota
perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan
am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan
perkhidmatan.
7.6. Cuti Tanpa Rekod
Cuti Tanpa Rekod yang dibenarkan adalah Cuti Gantian kerana bekerja lebih masa,
cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan /
persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan
ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan.

