Page 154 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 154

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                            5.  Menilai Alternatif
                                                 Setelah  menyenaraikan  beberapa  alternatif  maka  pengurus  boleh  membuat  analisis  yang  cermat  dan
                                                  kritikal terhadap alternatif-alternatif tersebut.  Alternatif yang tidak memberi penyelesaian yang baik akan
                                                  dihapuskan.
                                                 Contoh: Dalam kes di atas, pengurus perlu meneliti dengan cermat akan alternatif yang telah dibentuk.
                                                  Pengurus perlu melihat keupayaan syarikat dari segi sumber kewangan, kapasiti mesin-mesin berkenaan,
                                                  jangka hayat mesin berkenaan.

                                            6.  Memilih Alternatif
                                                 Pada  peringkat  ini  pengurus  harus  memilih  satu  jalan  penyelesain  yang  terbaik  dan  jadikan  matlamat
                                                  syarikat sebagai panduan.
                                                 Contoh:  Pengurus  boleh  menggunakan  alat-alat  membuat  keputusan  seperti  pokok  keputusan,    analisis
                                                  statistik, dan lain-lain alat untuk membantu dalam pemilihan alternatif terbaik.
             9.2 Alat Membuat
                 Keputusan
             9.2.1 Alat Membuat             Alat Membuat Keputusan Kuantitatif
                  Keputusan Kuantitatif    Keputusan  kuantitif  merujuk  kepada  penggunaan  nilai  angka  yang  membolehkan  analisis  matemetik  atau
                                               statistik dilakukan dalam membantu pengurus membuat keputusan.
                 a) Mengaplikasikan alat      Contoh alat keputusan kuantitatif adalah seperti statistik deskriptif dan pokok keputusan.
                    membuat keputusan         Terdapat  berbagai  jenis  alat  keputusan  kuantitatif  seperti  analisis  statistik  deskriptif,  statistik  inferensi,
                    secara kuantitatif         analisis pulang modal, PERT, dan sebagainya
                    seperti statistik
                    deskriptif dan pokok    1.  Statistik Deskriptif
                    keputusan;                   Statistik  deskriptif  ini  merujuk  kepada  mengumpul  dan  menyusun  data    dalam  bentuk  angka  bagi
                                                  membolehkan ianya dianalisis dan ditafsirkan dengan menggunakan model statistik mudah.
                                                 Penggunaan statistik deskriptif ini melibatkan frekuensi, ukuran kecenderungan memusat (min, mod dan
                    Griffin(1993)                 median) dan ukuran serakan (julat, varians dan sisihan piawai).
                    Daft (2008)                  Hasil maklumat dalam bentuk angka, pembentangan keputusan adalah lebih menarik iaitu boleh dibuat

                                                  dalam berbagai bentuk gambar rajah seperti histogram, carta bar, jadual, graf dan carta pie.

                                                                                                                                           MUKA SURAT 293
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159