Page 151 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 151

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
             3.  Dengan bantuan gambar rajah, terangkan proses komunikasi. [20]
                Cadangan Jawapan:

                   Penghanta              Enkod                 Saluran                Dekod               Penerima
                   r

                                                                Maklum
                                                                  balas

                1.  Penghantar
                   Orang  yang  mempunyai  mesej  untuk  disampaikan.    Sebagai  contoh,  pengurus  pemasaran  yang  mempunyai  maklumat  yang  ingin
                   disampaikan kepada staf pemasaran.

                2.  Enkod
                  Maklumat, idea atau pandangan diterjemahkan dalam bentuk-bentuk yang difahami oleh orang lain, sama ada menggunakan perkataan,
                   bahasa atau simbol.   Maklumat atau idea diterjemahkan secara lisan dan bertulis melalui carta, grafik dan lain lain.

                3.  Saluran/Media
                  Mesej disalurkan kepada penerima sama ada melalui saluran lisan seperti percakapan atau melalui bukan lisan seperti tulisan, visual dan
                   pergerakan badan.

                4.  Dekod
                   Mesej  diterima  dan  diterjemahkan  atau  ditafsirkan  oleh  penerima  untuk  memberi  makna.  Sebagai  contoh  pengurus  pemasaran  cuba
                   menterjemahkan maklumat ke dalam bentuk yang mudah difahami.

                5.  Penerima
                  Orang yang menjadi sasaran/penerima mesej. Contohnya, penerima staf pemasaran menerima mesej daripada pengurus pemasaran.

                6.  Maklum balas
                   Tindak  balas  terhadap  penerimaan  dan  pemahaman  mesej  oleh  penerima.    Ia  boleh  jadi  berbentuk  lisan  atau  bukan  lisan.  Contohnya
                   maklumbalas daripada pengurus pemasaran  berlaku apabila pengurus pemasaran memberi cadangan, bantahan atau arahan.
                                                                                                                                           MUKA SURAT 290
   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156