Page 153 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 153

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                     data, menjana          2.  Mengutip Data
                     alternatif, menilai        Pengurus perlu mendapatkan maklumat berhubung dengan masalah tesebut sebanyak mungkin. Maklumat
                     alternatif, dan             yang diperolehi boleh bersumberkan maklumat dalaman organisasi atau maklumat luaran organisasi.
                     memilih alternatif.        Contoh:  Pengurus  boleh  membuat  kajian,  pemerhatian,  temuduga,  pembacaan  dan  sebagainya  bagi

                                                 mendapat maklumat yang berhubung dengan masalah tersebut.  Setelah kajian terperinci dijalankan maka
                     Griffin (1993)              telah dikenalpasti bahawa masalah sebenar.
                     Daft (2008)
                                            3.  Menganalisis Data
                                                 Menganalisis data merupakan tindakan pengurus membuat penilaian terhadap data yang diperolehi.  Data
                                                   yang diperolehi perlu dipastikan mempunyai kualiti  dan boleh dipercayai dari aspek  kesahihannya serta
                                                   dapat meyelesaikan masalah.
                                                 Contoh: Adakah masalah pesaing, promosi, kualiti produk atau jurujual.  Setelah dikenalpasti bahawa
                                                   masalah sebenar adalah  berpunca kerana mesin yang lama dan sentiasa rosak menyebabkan produk yang
                                                   dihasilkan tidak berkualiti.  Kesannya adalah pelanggan tidak berminat membeli produk syarikat.   Oleh
                                                   itu pengurus harus menyediakan alternatif bagi memperbaiki kualiti produk.

                                            4.  Menjana Alternatif
                                                 Pihak  pengurusan  harus  mencari  alternatif-alternatif  sebelum  dapat  membuat  keputusan  untuk
                                                   menyelesaikan  sesuatu  masalah.    Pengurus  boleh  berbincang  dengan  staf  syarikat  atau  rakan  atau
                                                   konsultan untuk mendapat alternatif penyelesaian.  Kemudian membentuk seberapa banyak alternatif atau
                                                   jalan penyelesain yang berkaitan.
                                                 Contoh: Kemorosotan jualan adalah disebabkan produk yang tidak berkualiti.  Produk tidak berkualiti
                                                   disebabkan oleh mesin yang lama dan selalu sahaja rosak.  Oleh itu pihak pengurusan harus memikirkan
                                                   sama ada mahu menggunakan mesin yang sedia ada atau mesin yang baru.  Jika pengurusan bercadang
                                                   untuk membeli mesin yang baru maka pihak pengurusan perlu mendapat maklumat di pasaran berhubung
                                                   dengan  jenis  mesin,  kapasiti,  pembekal  dan  sebagainya.    Pengurus  juga  perlu  mengkaji  kedudukan
                                                   kewangan syarikat.



                                                                                                                                           MUKA SURAT 292
   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158