Page 150 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 150

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
             Contoh soalan

             1.  Jelaskan tiga jenis komunikasi lisan. [6]

             Cadangan Jawapan:
                1.  Perbincangan - pertemuan antara beberapa individu untuk bertukar tukar pendapat untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
                2.  Mesyuarat -pertemuan dua atau lebih pihak untuk membincangkan sesuatu isu  dalam situasi yang formal bagi membuat satu keputusan.
                3.  Ucapan - Komunikasi sehala yang melibatkan pengaliran maklumat daripada pemberi ucapan kepada audiens.


             2.  Huraikan pengaruh elemen masa dan elemen etika ke atas keberkesanan perundingan seorang pengurus kewangan dengan pihak bank.       [6]

             Cadangan Jawapan:
             Pengaruh elemen masa:
                  Jika masa berunding adalah optimum, maka keputusan yang diambil lebih baik
                  Menggunakan masa perundingan dengan baik
                  Menepati masa – Pengurus kewangan datang ke pejabat bank tepat pada masa yang ditetapkan

             Pengaruh elemen etika:
                  Mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh pihak bank
                  Memberikan maklumat yang diminta oleh pihak bank secara betul dan tepat
                  Berunding dengan niat yang baik dan jujur.








                                                                                                                                           MUKA SURAT 289
   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155