Page 155 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 155
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
i. Min
Min adalah jumlah semua nilai data dibahagikan dengan bilangan data.
Jumlah Nilai Data
Min
Bilangan Data
Contoh pengiraan: Sebuah syarikat pemasaran automobil di sebuah pekan mempunyai 5 orang jurujual
kereta. Pada tahun lalu jurujual A, B, C, D dan E masing-masing dapat menjual 80 buah kereta, 75
buah, 92 buah, 88 buah dan 65 buah. Kira min kereta yang dijual oleh jurujual?
Jurujual Kereta dijual
A 80
B 75
C 92
D 88
E 65
Jumlah 400
Jumlah Kereta Dijual Setahun
Min
Bilangan Jurujual
400 Buah Kereta
Min
5 Orang jurujual
Min = 80 buah kereta.
ii. Mod
Mod adalah nombor yang paling kerap berulang atau kumpulan data dengan kekerapan yang paling
tinggi.
MUKA SURAT 294

