Page 169 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 169

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                            6.  Pembuatan keputusan.
                                                Proses membuat keputusan dilakukan apabila pembuat keputusan mempunyai maklumat yang cukup.

                                            Kegunaan Maklumat Kepada Pembuat keputusan
                                            1.  Boleh meningkatkan kualiti dalam membuat keputusan.
                                                Sesuatu maklumat yang lengkap membolehkan keputusan yang dibuat lebih berkualiti.

                                            2.  Boleh diguna untuk meramalkan sesuatu perkara dimasa hadapan.
                                                Data yang berkaitan dengan trend sesuatu senario membolehkan pembuat keputusan menjangkakan sesuatu
                                                 perkara yang akan berlaku dimasa akan datang.

                                            3.  Digunakan sebagai alat pemantauan tentang prestasi pencapaian sesebuah organisasi.
                                                Maklumat  berkaitan  dengan  pesaing  umpamanya  boleh  dijadikan  sebagai  kayu  pengukur  bagi
                                                 membandingkan prestasi syarikat berbanding syarikat pesaing.

                                            4.  Sebagai strategi dalam menghadapi pesaing.
                                                Maklumat  yang  diperolehi  bagi  mengetahui  apakah  yang  dilakukan  oleh  pesaing  dan  seterusnya  boleh
                                                 dijadikan panduan untuk membentu satu strategi bagi persaingan.












                                                                                                                                           MUKA SURAT 308
   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174