Page 170 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 170

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
             9.3.2 Faktor Kecekapan         Pengaruh faktor kecekapan pembuat keputusan terhadap pembuatan keputusan
                  Pembuat Keputusan
                                             Kecekapan merujuk kepada kebolehan seseorang melakukan sesuatu kerja dengan menghasilkan produk yang
                  b)  Membincangkan           maksimum dengan kos yang minimum.
                       pengaruh faktor       Faktor kecekapan pembuat keputusan itu sendiri antaranya ialah;
                       kecekapan pembuat
                       keputusan terhadap     1.  Personaliti
                       pembuatan                   Personaliti pembuat keputusan terbahagi  kepada dua iaitu  konservertif dan kesempurnaan. Personaliti
                       keputusan;                  konsevertif  merujuk  kepada  sifat  berhati-hati  mengambil  keputusan  terutamanya  keputusan  yang
                                                   berisiko tinggi.
                       Griffin (1993),
                       Daft (2008)            2.  Kebijaksanaan
                                                   Merujuk  kepada  tahap  pendidikan,  pengalaman  dan  pengetahuan  yang  dimiliki.  Golongan  ini  akan
                                                   membuat keputusan yang lebih berkesan berbanding dengan golongan yang kurang mempunyai tahap
                                                   pendidikan.

                                              3.  Nilai-nilai yang diamalkan oleh pembuat keputusan.
                                                   Merujuk kepada aspek penting dan berkaitan seperti kewangan dan kualiti kerja kehidupan. Antara nilai-
                                                   nilai  yang  sering  digunakan  antaranya  nilai  teoritikal,  nilai  ekonomi,  nilai  estetika,  nilai  sosial,  nilai
                                                   politik dan nilai agama.

                                              4.  Intuisi
                                                   Merujuk kepada gerak hati pembuat keputusan dalam pertimbangan dalam membuat sesuatu keputusan.
                                                   Intuisi  boleh  terjadi  akibat  pengalaman  atau  pengetahuan  dan  kemunasabahan  daripada  pengalaman
                                                   tanpa bergantung kepada teknik analisis dan kaedah.

                                              5.  Kreativiti
                                                   Merujuk  kepada  satu  proses  menghasilkan  satu  idea  baharu  untuk  digunakan  dalam  membuat  satu
                                                   tindakan membuat keputusan.

                                                                                                                                           MUKA SURAT 309
   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175