Page 24 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 24

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                     Griffin (2011)                  Pengurus juga boleh menggunakan misi sebagai menilai  kejayaan pengurusannya.
                     Daft (2010)                     Contoh misi adalah seperti berikut:
                                                     “Kami akan memastikan pelanggan kami mendapat kepuasan dan faedah biarpun kami terpaksa
                                                      berjaga malam.”

                                               3.  Objektif
                                                    Objektif  merujuk  kepada  sasaran  atau  hasil  akhir  yang  perlu  dicapai  oleh  organisasi  dalam
                                                      jangkamasa tertentu di masa depan.
                                                    Objektif atau matlamat adalah meletakkan halatuju perjalanan organisasi.
                                                    Matlamat organisasi merupakan rancangan asas syarikat, tetapi setiap bahagian dan jabatan juga
                                                      mempunyai matlamat mereka sendiri.
                                                    Ini berkaitan dengan rancangan strategik, rancangan taktikal dan rancangan operasi.
                                                    Ciri-ciri objektif  yang baik adalah seperti berikut (berpandukan konsep SMART):
                                                      1. Khusus (Spesific)
                                                         Objektif hendaklah khusus atau spesifik yakni jelas dan terperinci.
                                                      2. Boleh diukur (Measurable)
                                                         Objektif yang spesifik tadi hendaklah boleh diukur dalam satu piawai.
                                                      3. Penugasan (Assignable)
                                                         Objektif  mestilah  boleh  di  beri  penugasan  kepada  individu  atau  kumpulan  kerja  yang  akan
                                                         bertanggung jawab melaksanakan tugas  tersebut.
                                                      4. Rialistik (Realistic)
                                                         Objektif  hendaklah  mencabar  dan  memerlukan  kerja  kuat  tetapi  dalam  lengkongan  pekerja
                                                         berupaya dengan abiliti dan sumber yang ada bagi mencapai objektif tersebut.
                                                      5. Tempoh masa (Timely)
                                                         Objektif yang dibentuk perlulah mempunyai satu had jangka masa tertentu untuk disiapkan dan
                                                         dicapai.




                                                                                                                                           MUKA SURAT 163
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29