Page 25 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 25

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                               4.  Strategi
                                                     Merupakan satu rancangan umum yang komprehensif atau menyeluruh menerangkan bagaimana
                                                      organisasi dapat mencapai misi dan matlamat.
                                                     Menerangkan  program  umum  bagaimana  sumber  didapati  dan  digunakan  untuk  mencapai
                                                      matlamat.
                                                     Tujuan  strategi  adalah  untuk  komunikasi  antara  objektif  dan  polisi  dan  menyokong  program-
                                                      program yang dibentuk.
                                                     Strategi dapat di kelas kepada tiga jenis.
                                                      1.  Strategi koperat
                                                            Merujuk kepada strategi keseluruhan yang memberi halatuju umum organisasi.
                                                            Strategi ini dibentuk oleh lembaga pengarah atau pengurusan atasan.  Ia mengambil kira
                                                              keseluruhan aktiviti organisasi.
                                                      2.  Strategi perniagaan
                                                            Merujuk  kepada  strategi  yang  dibentuk  oleh  syarikat  atau  unit  perniagaan  yang  boleh
                                                              meningkatkan kelebihan saingan kepada perniagaan.
                                                            Strategi  ini  lebih  menekankan  kelebihan  saingan  barangan  atau  perkhidmatan  yang
                                                              dihasilkan dan akan bersaing dalam pasaran.
                                                      3.  Strategi fungsian
                                                            Merujuk kepada strategi yang dibentuk mengikut fungsi perniagaan untuk merealisasikan
                                                              strategi perniagaan.

                                               5.  Taktik

                                                     Taktik adalah satu pelan operasi yang spesifik yang memperincikan bagaimana, bila dan di mana
                                                      sesuatu strategi itu akan dilaksanakan.
                                                     Taktik mempunyai skop yang sempit dan tempoh yang lebih pendek dari strategi.
                                                     Ia adalah jelas dan lebih berorientasi tindakan.
                                                     Ia akan dilaksanakan oleh pekerja hadapan.
                                                     Contoh taktik adalah seperti taktik lokasi pasar, taktik ketepatan masa, taktik serangan, taktik
                                                      pertahanan dan sebagainya.
                                                                                                                                           MUKA SURAT 164
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30