Page 26 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 26

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                               6.  Dasar /Polisi
                                                     Dasar  adalah pernyataan asas syarikat yang menjadi panduan kepada pengurus dalam membuat
                                                      keputusan menjurus kearah pencapaian matlamat organisasi.
                                                     Dasar melibatkan skop yang luas
                                                     Menjadi panduan umum kepada tindakan
                                                     Dibentuk berasaskan matlamat dan strategi umum organisasi
                                                     Membentuk sempadan dalam membuat keputusan

                                               7.  Prosedur
                                                     Merujuk  kepada  langkah-langkah  yang  disusun  secara  sistematik  mengikut  urutan  sebagai
                                                      panduan dalam melaksanakan sesuatu tugas untuk mencapai matlamat tertentu.
                                                     Ia  merupakan satu rancangan  yang kegunaannya berterusan dibentuk bagi memastikan aktiviti
                                                      kerja yang akan dilakukan mengikut cara yang betul.
                                                     Ia juga menjadi satu panduan untuk para pekerja bertindak.
                                                     Cara kerja atau aktiviti kerja yang dibuat perlu mengikut turutan yang telah ditetapkan.

                                                     Prosedur biasanya ditulis secara formal, dimaklum kepada pekerja dan disimpan sebagai rujukkan.
                                                     Contoh  prosedur  yang  terdapat  di  dalam  syarikat  adalah  seperti  prosedur  melakukan  kerja,
                                                      memohon cuti, memohon pinjaman, prosedur keselamatan, rungutan pekerja, dan sebagainya.

                                               8.  Standard
                                                     Merupakan satu ukuran piawaian yang ditetapkan dan boleh digunakan untuk membuat
                                                      perbandingan dengan  pencapaian semasa.
                                                     Standard juga menjadi tanda aras ataupun panduan  serta pengukur dalam setiap tindakan yang
                                                      diambil.
                                                     Standard juga mestilah jelas, mudah difahami dan ianya berkait rapat dengan objektif organisasi.




                                                                                                                                           MUKA SURAT 165
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31