Page 50 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 50
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Kepimpinan Demokratik
Gaya kepimpinan demokratik melibatkan pengurus dan subordinat membuat keputusan secara bersama.
Perbincangan akan dibuat antara pengurus dengan subordinat bagi mengatasi sesuatu masalah dalam
pekerjaan.
Keputusan dijangka lebih berkualiti dan subordinat lebih bersemangat melakukan kerja sebab mereka
sama-sama terlibat dalam membuat keputusan.
Mereka akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai matlamat syarikat. Gaya ini sesuai digunakan
kepada penyelia jualan, penyelia kilang, pengurus pengeluaran dan sebagainya.
3. Laissez-faire
Gaya kepimpinanLaissez-faire / bebas merujuk kepada subordinat bebas membuat keputusan dan
melaksanakan kerja bagi mencapai objektif-objektif syarikat.
Bagi pekerja yang berkemahiran tinggi, pengurus tidak perlu mengawal dan memberi banyak arahan
kerana mereka telah faham kerja yang akan dibuat.
Subordinat akan membuat keputusan sendiri berdasarkan kepada lingkungan had-had tertentu yang
dibenarkan oleh pihak pengurusan untuk mencapai matlamat kerja.
Subordinat mempunyai kepakaran, pengalaman, kemahiran dan pengetahuan yang tinggi
bagi menyelesaikan masalah dalam bidang kepakarannya.
Gaya ini sesuai diamalkan bagi kepada pekerja profesional seperti peguam, akauntan, pensyarah, doktor
dan sebaginya.
4. Kontingensi
Teori kepimpinan kontingensi menyebut bahawa pemimpin perlu memahami situasi untuk menggunakan
gaya kepimpinan tertentu.
Dalam situasi ini merujuk kepada subordinat dan persekitaran organisasi.
Sabordinat mempunyai perbezaan dari segi keupayaan, pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan
personaliti.
Persekitaran organisasi pula dirujuk kepada struktur tugas (contoh : rutin, luwes, kompleks), autoriti
MUKA SURAT 189

