Page 51 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 51
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
yang dimiliki ketua, kumpulan keja, dan sistem ganjaran.
Gaya kepimpinan yang berbeza patut digunakan mengikut keadaan berbeza seperti kuasa ketua,
persekitaran kerja, tugas pekerja, personaliti pekerja, kemahiran dan keupayaan pekerja.
Ketua menilai situasi mereka dahulu sebelum memilih gaya kepimpinan yang digunakan. Ketua
menggunakan berbagai gaya kepimpinan seperti gaya kepimpinan autokratik, birokratik, demokratik
atau bebas.
Gaya kepimpinan yang digunakan bergantung kepada situasi jenis pekerja dan persekitaran kerja. Gaya
kepimpinan yang sesuai meningkatkan motivasi dan moral pekerja.
6.5.4 Pemimpin dan Pemimpin
Pengurus Merupakan pihak yang menggunakan kuasa formal dan kuasa tidak formal dalam mempengaruhi pekerjanya
untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
e) Membandingkan Pengurus
pemimpin dan Merupakan pihak-pihak yang menggunakan kuasa formal untuk merancang, melaksana dan mengawal semua
pengurus aktiviti yang ditetapkan untuk mencapai matlamat organisasi.
Pemimpin boleh terdiri dari pengurus atasan, pengurus pertengahan dan juga penyelia.
Peranan yang akan dimainkan oleh pemimpin dalam organisasi :
1. Pendorong.
Pemimpin memberi motivasi kepada pekerja agar berusaha bersungguh-sungguh dalam melaksanakan
aktiviti pekerjaan.
2. Pembimbing/ fasilitator
Pemimpin membimbing pekerja mereka terutama yang baru bekerja atau kurang kemahiran dan pengalaman
agar dapat menjalankan kerja mereka dengan cekap dan berkesan.
3. Mentor / Jurulatih
Pemimpin adalah tempat rujukkan bagi pekerja dan tempat pekerja mendapat nasihat. Pemimpin juga dapat
memberi contoh kepada pekerja.
4. Penyelesai masalah.
Pemimpin mempunyai sifat membantu pekerja menyelesaikan masalah peribadi dan pekerjaan.
MUKA SURAT 190

