Page 46 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 46

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                            viii)  Rantaian Arahan
                                                  Rantaian  Arahan  menunjukkan  aliran  arahan  dari  pengurus  atasan  kepada  pengurus  pertengahan,
                                                   penyelia dan seterusnya pekerja.
                                                  Garisan menegak dalam carta organisasi yang menyambung setiap jabatan atau posisi pekerja
                                                   menunjukkan rantaian arahan.
                                                  Arahan bermula dari pengurus atasan kepada pengurus bawahan mereka hinggalah kepada pekerja di
                                                   posisi bawah carta organisasi.  Ia membentuk rantaian garisan menegak yang menggambarkan arah
                                                   autoriti dan aliran komunikasi.
                                                  Rantaian arahan juga menerangkan konsep uniti arahan  iaitu subordinat hanya perlu mendapat arahan
                                                   dari seorang ketua.  Jika arahan datang dari banyak ketua maka ia akan mengakibatkan kerja yang
                                                   dihasilkan kurang berkualiti, tekanan kerja akan menjadi tinggi dan konflik peranan mungkin berlaku.


             6.5 Kepimpinan
                                         Kepimpinan
             a)  Mentakrifkan maksud         Merujuk kepada proses seseorang ketua mempengaruhi perlakuan pengikutnya bagi menjalankan sesuatu
                 kepimpinan dan               aktviti kerja untuk mencapai matlamat.
                 menjelaskan
                 kepentingannya;         Kepentingan kepimpinan.

                                         1.  Membentuk visi dan halatuju organisasi.
                                         2.  Mempengaruhi dan memotivasikan pekerja dengan berkesan.
                                         3.  Memberi contoh yang baik kepada pekerja
                                         4.  Berupaya menganalisis situasi dengan berkesan
                                         5.  Memainkan peranan hubungan manusia dengan berkesan dalam organisasi.
                                         6.  Berani mengambil risiko
                                         7.  Berfikiran kreatif
                                         8.  Mengambil inisiatif terhadap perubahan
                                         9.  Lebih bersikap objektif


                                                                                                                                           MUKA SURAT 185
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51