Page 53 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 53

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                                mendapat  kuasa  disebabkan  oleh  kedudukan  mereka  dalam  organisasi.  Mereka  mempunyai  kuasa
                                                paksaan, kuasa ganjaran dan kuasa sah seperti yang telah kita bincangkan dahulu.

                                         2.  Pemimpin Tidak Formal
                                               Merupakan  individu  yang  dapat  mempengaruhi  perlakuan  orang  lain  disebabkan  oleh  sifat-sifat
                                                peribadinya. Jawatan ini tidak ditunjukkan dalam struktur organisasi.
                                               Pemimpin tidak formal ini boleh jadi pekerja biasa tanpa sebarang jawatan tetapi mempunyai pengaruh
                                                yang kuat terhadap lain-lain pekerja.
                                               Mereka juga boleh jadi pengurus yang mempunyai jawatan dalam organisasi, atau penyelia, atau kerani,
                                                jurutera, atau penghantar surat, atau pekerja am, atau siapa sahaja.
                                               Mereka mempunyai kuasa untuk mempengaruhi perlakuan orang lain untuk mencapai matlamat tertentu.
                                                Mereka  ini  mendapat  kuasa  untuk  mempengaruhi  orang  lain  disebabkan  oleh  kepakaran,  kemahiran,
                                                pengetahuan, dan tempat rujukan pekerja bagi sesuatu hal tertentu.
                                               Pemimpin tidak formal ini wujud disebabkan oleh matlamat sosial yang sama yang telah membentuk
                                                organisasi tidak formal dalam organisasi formal.

             6.5.6    Motivasi           Motivasi.
                                            Merujuk  kepada  tenaga  yang  memberi  semangat  dan  ketabahan  kepada  pekerja  untuk  berusaha
                    g) Menjelaskan teori    mencapai sesuatu matlamat.
                 motivasi Maslow,           Konsep  motivasi  dapat  diterangkan  dengan  keperluan  pekerja.    Keperluan  pekerja  akan  mewujudkan
                 Herzberg,  McGregor,       ransangan  atau  desakan  naluri  dari  dalam  diri  pekerja.    Ini  menyebabkan  pekerja  akan  bertindak  bagi
                 dan McClelland             mencapai ganjaran yang merupakan matlamat untuk memenuhi keperluan mereka.


                                         Dua jenis ganjaran .
                                          1.  Ganjaran ekstrinsik
                                               Merupakan  ganjaran  dari  luar  individu  yang  boleh  mewujudkan  motivasi  seperti  gaji,  upah,
                                                kenaikan pangkat dan lain-lain faedah syarikat.
                                               Pengurus boleh menggunakan ganjaran ini bagi mempengaruhi gelagat pekerja sebagai balasan terhadap
                                                prestasi yang dihasilkan oleh pekerja.

                                                                                                                                           MUKA SURAT 192
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58