Page 54 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 54

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                          2.  Ganjaran instrinsik
                                               Merujuk kepada kepuasan yang didapati oleh individu dalam proses melakukan aktiviti kerja.
                                               Ia juga boleh berlaku disebabkan faktor dalaman yakni dari dalam diri pekerja itu sendiri.   Pekerja akan
                                                 berasa seronok melakukan kerja jika ia dapat menikmati kepuasan.

                                         Kepentingan motivasi kepada organisasi.
                                         1.  Menyatukan usaha ahli organisasi ke satu arah bagi mencapai matlamat organisasi.
                                         2.  Mengekal pekerja terutama pekerja mahir dalam organisasi.
                                         3.  Mengurangkan kadar ponteng kerja.
                                         4.  Mengurangkan kadar lantik henti pekerja dalam organisasi.
                                         5.  Meningkatkan usaha dan prestasi  pekerja.
                                         6.  Meningkatkan moral pekerja.
                                         7.  Meningkatkan kerjasama dalam kalangan ahli-ahli organisasi.

                  h)  Membincangkan      1) Teori Motivasi Maslow
                     perkaitan  amalan  Teori  ini  dipelopori  oleh  Abraham  Maslow  dan  dikenali  juga  sebagai  teori  hierarki  keperluan  Maslow.
                     dengan  teori-teori  Maslow  mencadangkan  bahawa  pengurus  harus  memahami  keperluan  pekerja  dan  membantu  mereka
                     motivasi;           memenuhi keperluan  agar mereka lebih berjaya dalam mencapai matlamat kerja.  Menurut beliau, manusia
                                         mempunyai lima keperluan yang hendak dipenuhi iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan
                                         sosial, keperluan penghargaan dan keperluan hasrat diri.


















                                                                                                                                           MUKA SURAT 193
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59