Page 55 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 55

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946



















                                                               Rajah :  Peringkat-peringkat Keperluan Dalam Teori Maslow

                                         1.  Keperluan Fisiologi.
                                               Merupakan keperluan asas manusia untuk terus hidup.
                                               Keperluan ini adalah universal dan setiap manusia perlu mencapainya.
                                               Implikasi dalam syarikat bahawa sebahagian pekerja akan berusaha bersungguh-sungguh jika ganjaran
                                                kewangan seperti gaji, upah, kenaikan gaji, komisen atau bonus disediakan untuk prestasi pekerja yang
                                                baik.
                                               Pendapatan yang mereka perolehi mampu memenuhi keperluan asas seperti membeli makanan,
                                                minuman dan juga pakaian.

                                         2.  Keperluan Keselamatan.
                                               Keperluan keselamatan adalah untuk mengelakkan diri manusia daripada perkara yang boleh
                                                     mencederakan atau menjejaskan masa depan mereka.
                                               Menurut Maslow, manusia akan mula mencari keperluan keselamatan apabila keperluan fisiologi sudah
                                                dipenuhi.
                                               Implikasi kepada syarikat adalah pekerja akan berasa selamat apabila mereka  pasti bahawa mereka
                                                tidak akan dibuang kerja atau dipecat.
                                               Sebahagian organisasi menyediakan rumah untuk pekerja mereka, suasana kerja yang selamat, bersih,
                                                skim insuran, pencen dan sebagainya bagi menjamin masa depan dan keselamatan pekerja.
                                                                                                                                           MUKA SURAT 194
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60