Page 93 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 93
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Nyatakan ciri-ciri gaya kepemimpinan autokratik dan bincangkan kesesuaian gaya kepemimpinan ini terhadap pekerja yang bercirikan teori
X. [6]
Cadangan Jawapan
Ciri-ciri Gaya kepimpinan autokratik ialah :
- Semua keputusan dibuat oleh pengurus
- pengurus mengarah pekerja
- pandangan pekerja tidak diambil kira
Gaya kepimpinan ini sesuai digunakan untuk pekerja Teori X kerana :
- pekerja ini adalah berciri mengelak diri dari membuat kerja atau mengelak dari menerima tanggung jawab
- tidak suka bekerja / tidak berminat / malas /tidak bermotivasi
- pekerja yang berpengetahuan rendah dan rendah kemahiran
- perlu diarah untuk bekerja / tidak suka memimpin
4. Huraikan lima kepentingan pembinaan pasukan bagi sesebuah organisasi.
Cadangan Jawapan
Lima kepentingan pembinaan pasukan bagi sesebuah organisasi ialah:
1. Organisasi boleh mendapat banyak idea untuk tujuan inovasi.
2. Bertanggungjawab menyempurnakan dan mengawal aktiviti kerja secara bersama/komitmen
3. Ahli dapat belajar kemahiran baru membantu organisasi dalam melatih pekerja.
4. Meningkatkan keharmonian dalam organisasi dan membantu sosialisasi dan pembudayaan ahli baru
5. Pekerja bermotivasi untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi organisasi.
6. Tugas tidak dapat dilakukan oleh individu seorang diri/ Kerja secara berpasukan.
7. Kerjasama mewujudkan semangat kerja antara ahli kumpulan.
MUKA SURAT 232

