Page 47 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 47

ALAM SEKITAR MANUSIA


               PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR





               15.  (a) Jelaskan enam ciri pertanian kebun kecil di Malaysia.                   [12]


               Rangka Jawapan
                   i.  Taburan - kawasan desa dan kawasan luar bandar
                   ii.  Skala  – kawasan pertanian tidak melebihi 40 hektar.
                   iii.  Pemilikan - dimiliki oleh orang perseorangan atau secara berkelompok
                   iv.  Sumber modal – modal yang digunakan kecil,  simpanan sendiri atau koperasi
                       peladang
                   v.  Orientasi pengeluaran- hasil pengeluaran untuk pasaran tempatan dan eksport
                   vi.  Teknologi- menggunakan input moden untuk mendapatkan hasil paling maksimum
                   vii. Tenaga buruh-tenaga buruh yang sedikit daripada ahli keluarga atau tenaga buruh
                       yang diupah
                   viii.  Jenis tanaman- monokultur



               Cadangan Jawapan


               Kebun kecil terdapat di kawasan luar bandar dan pinggir bandar Perak, Johor, Pahang dan
               Sabah. Dijalankan di tanah beralun yang bersaliran baik.


               Kebun kecil dijalankan secara kecil-kecilan. Saiz kebun kurang daripada 40 hektar.



               Milik  tanah  pekebun  kecil  kurang  daripada  10  hektar.  Kebun  kecil  dimiliki  oleh  syarikat
               individu dan tanah rancangan Felda.


               Kebun  kecil  memerlukan  modal  yang  kecil.  Modal  diperoleh  dari  pinjaman  bank,  subsidi

               kerajaan dan wang simpanan keluarga. Modal digunakan untuk membeli peralatan keperluan
               aktiviti penanaman.



               Pengeluaran kebun kecil bertujuan untuk jualan dan sara diri. Hasil kebun kecil seperti getah
               dan kelapa sawit dijual di pasaran tempatan dan dieksport. Hasil padi sawah biasanya untuk

               kegunaan tempatan. Manakala sayur-sayuran dan buah-buahan  untuk pasaran tempatan dan

               dieksport ke Singapura.




                                                                                                       47
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52