Page 44 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 44
viii. kerosakan jalan perhubungan / jambatan akibat banjir musiman - menjejaskan
pemasaran hasil dari aktivit pertanian, menjejaskan pergerakan pelancong dalam
aktiviti pelancongan
ix. gangguan bekalan elektrik - menjejaskan aktiviti perindustrian, pelancongan,
perniagaan
x. gangguan bekalan air bersih - menjejaskan aktiviti perindustrian, pelancongan,
perniagaan
xi. gangguan telekomunikasi - menjejaskan aktiviti perindustrian, pelancongan,
perniagaan
Cadangan Jawapan
Banjir musiman memberi banyak kesan kepada aktiviti manusia. Antaranya arus banjir
musiman yang mengalir di atas permukaan tanah dengan deras boleh menumbangkan tanaman
dan menenggelamkan tanaman seperti sayur-sayuran. Ini memberikan kesan kepada
produktiviti aktiviti pertanian.
Seterusnya arus sungai yang deras ketika banjir musiman boleh menyebabkan bot-bot kecil
dihanyutkan atau karam dalam arus yang deras. Ini menjejaskan aktiviti pengangkutan air yang
mengangkut barangan dan penumpang setiap hari.
Banjir musiman juga seringkali bercampur dan membawa bersama sisa kumbahan. Air yang
tercemar ini juga memasuki sungai-sungai dan menjejaskan aktiviti pelancongan di sungai
seperti menyelam dan mandi sungai. Pelancong berisiko terdedah kepada pelbagai penyakit
bawaan air seperti penyakit taun dan penyakit kencing tikus.
Banjir musiman yang biasanya bertakung hampir satu minggu menyebabkan habitat hidupan
liar di dalam tanah dirosakkan dengan teruk. Begitu juga beberapa spesies flora yang eksotik
seperti bunga raflesia dan periuk kera musnah ditenggelami air banjir musiman. Kehilangan
spesies flora yang unik juga menjejaskan industri eko-pelancongan yang sangat bergantung
kepada keunikan flora dan faunanya.
Banjir musiman yang merosakkan jalan perhubungan dan jambatan boleh menjejaskan
pemasaran hasil dari aktiviti pertanian. Hasil tanaman perlu dipasarkan dengan segera selepas
dikutip. Aktiviti pengangkutan yang terjejas menyebabkan hasil tanaman yang telah dikutip
akan mengalami kerosakan.
44

