Page 42 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 42
14. (a) Bincangkan faktor yang menyebabkan banjir musiman berlaku. [13]
Rangka Jawapan
Faktor Fizikal :
i. Kadar curahan hujan yang banyak - jumlah hujan tinggi.
ii. Alur sungai yang sempit dan cetek - mudah melimpah.
iii. Fenomena La Nina - hujan meningkat
iv. Faktor Musim - perubahan angin monsun (Monsun Timur Laut - hujan lebat)
v. Orientasi kawasan - kawasan yang terdedah kepada angin monsun dari laut yang
luas menerima hujan yang lebat
Faktor Manusia :
vi. Proses pembandaran - peningkatan kawasan berturap dan tepubina.
vii. Aktiviti pembalakan - larian air permukaan bertambah - mendapan kelodak -
sungai cetek - banjir.
viii. Pengubahsuaian pada sungai - tebing dan dasar sungai berkonkrit - resapan di
dasar dan tebing tidak berlaku.
ix. Sikap manusia - tidak mempunyai rasa tanggungjawab - buang sampah merata-
rata - sistem perparitan tersumbat / sungai penuh dengan sampah.
x. Sistem perparitan yang sempit / tidak sempurna / tidak sistematik
xi. - Kesimpulan
Cadangan Jawapan
Banjir musiman adalah banjir yang berlaku pada musim tiupan angin monsun terutama sekali
Angin Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat ke Pantai Timur Semenanjung
Malaysia. Terdapat faktor fizikal dan faktor manusia yang mempengaruhi banjir musiman ini.
Faktor fizikal yang pertama ialah kadar curahan hujan yang sangat lebat menyebabkan alur-
alur sungai tidak dapat menampung luahan air dan mudah melimpah membentuk banjir.
Faktor fizikal yang kedua ialah bentuk alur sungai yang sempit dan cetek. Sungai-sungai yang
beralur kecil, sempit dan cetek akibat mendapan tebal di dasar menyebabkan alurnya tidak
dapat menampung luahan air yang banyak dan akan melimpah serta membanjiri kawasan
sekitarnya.
Orientasi kawasan juga mempengaruhi kejadian banjir musiman. Kawasan pinggir pantai yang
menghadap angin monsun lebih terdedah kepada faktor turunan hujan yang lebat. Angin dari
laut yang luas membawa hujan yang banyak ke kawasan pinggir pantai yang dilandai dan
menyebabkan banjir musiman di kawasan tersebut.
42

