Page 51 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 51
Selain dari itu, penggunaan bot berenjin menyebabkan tumpahan minyak di laut. Pencemaran
air laut berlaku apabila tumpahan minyak yang banyak berlaku. Air laut yang tercemar
menyebabkan tangkapan ikan laut dalam turut tercemar.
Di samping itu, penggunaaan bom ikan turut memberi kesan ke atas alam sekitar
fizikal.Penggunaan bom ikan akan menyebabkan kemusnahan habitat ikan. Semasa aktiviti
bom dibuat , habitat ikan akan rosak dan dicemari bahan peledak bom. Habitat ikan seperti
terumbu karang mati dan menyebabkan ikan tiada habitat.
Selain dari itu, pembinaan jeti atau pelabuahan perikanan turut memberi kesan ke atas alam
sekitar fizikal.Pembinaan jeti mendarat ikan tuna tangkapan laut dalam akan menyebabkan
hakisan pinggir pantai berlaku dengan giat. Hakisan pantai ini akan berlaku dengan kadar
banyak kerana jeti yang dibina adalah panjang menganjur ke laut. Oleh itu, hakisan yang giat
boleh berlaku.
Tangkapan berlebihan turut memberi kesan ke atas alam sekitar fizikal. Tangkapan berlebihan
berlaku semasa nelayan berada di laut lepas dan tempoh menagkap ikan adalah hampir 3 bulan.
Tempoh yang lama ini digunakan oleh nelayan laut dalam untuk mennagkap sebanyak yang
boleh semasa berada di laut. Tangkapan berlebihan akan menyebabkan kemusnahan atau
kepupusan spesis ikan atau hidupan laut yang lain.
Pembuangan sisa perikanan dan peralatan perikanan yang rosak turut memberi kesan ke atas
alam sekitar fizikal.Nelayan laut dalam akan memproses ikan sebelum dimasukkan ke dalam
peti dingin beku. Pembuangan sisa perikanan akan menyebabkan air laut tercemar. Peralatan
yang rosak akan dibuang ke dalam laut dan tidak disimpan dalam bot. Pembuang peralatan
yang rosak ke dalam laut dijalankan supaya memudahakan tangkapan yang banyak. Peralatan
rosak ini mencemarkan air laut.
Kesan negatif ini perlu ditangani dengan kadar segera untuk memastikan kepupusan sumber
perikanan tidak berlaku. Langkah konkrit perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menjauhi
kesan negatif alam sekitar fizikal.
51

