Page 43 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 43

Di samping itu, faktor manusia seperti proses pembandaran juga mempengaruhi kejadian banjir

               musiman.  Proses pembandaran menyebabkan sebahagian kawasan bandar mengalami tepu
               bina dan diturap. Hujan akibat angin monsun yang turun tidak dapat menyusup ke dalam tanah,

               sebaliknya membanjiri kawasan berturap ini.


               Aktiviti  pembalakan  di  bahagian  hulu  sungai  menyebabkan  kadar  larian  air  permukaan

               meningkat  dan  pada  masa  yang  sama  sisa  hakisan  dimendapkan  di  dasar  sungai.    Sungai
               seterusnya menjadi cetek dan mudah melimpah sekiranya berlaku hujan lebat yang dibawa oleh

               angin monsun.


               Kerja-kerja pengubahsuaian pada bahagian sungai seperti tebing dan dasar sungai berkonkrit

               menyebabkan resapan di dasar dan tebing sungai tidak berlaku.  Angin monsun dengan hujan
               yang lebat menyebabkan isipadu sungai akan bertambah dan mudah melimpah membanjiri

               kawasan sekitarnya.


               Jelaslah  bahawa  banjir  musiman  berlaku  disebabkan  faktor  fizikal  dan  faktor  manusia.
               Walaubagaimanapun, kawasan yang telah diganggu teruk oleh aktiviti manusia lebih mudah

               berlaku banjir musiman berbanding kawasan persekitaran fizikal yang masih mampu menyerap

               jumlah hujan yang sangat lebat.




                     (b)    Jelaskan kesan banjir musiman terhadap aktiviti manusia.                                 [12]

               Rangka Jawapan
                  i.   Arus banjir - menghanyutkan / menenggelamkan tanaman (aktiviti pertanian),
                       melemaskan ternakan (aktiviti penternakan)
                 ii.   Arus sungai yang deras - mengganggu aktiviti pengangkutan air - menjejaskan aktiviti
                       perikanan, pelancongan
                iii.   Limpahan air banjir - merosakkan peralatan yang ditenggelami air - merosakkan
                       bahan mentah dan barangan siap dalam aktiviti perindustrian
                 iv.   Pencemaran air - air banjir bercampur sisa kumbahan - menjejaskan aktiviti
                       pelancongan di sungai dan tasik.
                 v.    Kejadian tanah runtuh - mengganggu aktiviti di kawasan bercerun seperti pertanian
                       dan pelancongan
                 vi.   Banjir lumpur - merosakkan jalan raya dan jambatan,  - menjejaskan aktiviti
                       pengangkutan
                vii.   kerosakan habitat hidupan liar / kerosakan spesies flora eksotik - menjejaskan aktiviti
                       ekopelancongan, pemburuan dan pembalakan.



                                                                                                       43
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48