Page 52 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 52

17.     (a) Jelaskan mengapa aktiviti perhutanan memberi sumbangan kepada pembangunan
                            sesebuah negara.                                                                [12]

               Rangka Jawapan
                   i.  Sumber pendapatan negara
                   ii.  Menyediakan peluang pekerjaan
                   iii.  Membangunkan industri hiliran
                   iv.  Kemajuan infrastruktur
                   v.  Perkembangan bandar
                   vi.  Perkembangan R&D

               Cadangan Jawapan

               Aktiviti perhutanan merupakan salah satu sektor ekonomi primer yang berpotensi memberi

               sumbangan kepada pembangunan sesebuah negara dengan meningkatkan sumber pendapatan

               negara  yang  terlibat  dengan  aktiviti  ini.  Aktiviti  perhutanan  menjana  pendapatan  kepada
               kerajaan Malaysia  melalui cukai eksport kayu gergaji dan papan lapis ke  Jepun, Singapura

               dan Thailand dengan pengaliran masuk mata wang asing. Pendapatan negara juga diperoleh
               daripada pengeluaran lesen konsesi pembalakan.


               Selain itu, aktiviti perhutanan juga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk.

               Antara peluang pekerjaan yang disediakan dalam bidang ini ialah pembalak, pemandu jentera

               membalak,  pemandu  lori,  penyelidik  perhutanan  dan  renjer  hutan.  Keadaan  ini  boleh
               mengurangkan kadar pengangguran dalam negara, apabila penduduk mempunyai pekerjaan

               tetap, sumber  pendapatan meningkat menyebabkan kuasa beli tinggi aeterusnya meningkatkan
               taraf hidup penduduk.


               Industri hiliran juga boleh dibangunkan dengan adanya aktiviti pembalakan. Antaranya ialah

               pembuatan kraf tangan dan perabut. Aktiviti pembalakan menggalakkan pembinaan kilang-

               kilang kayu yang mengeluarkan papan lapis dan kayu gergaji menjadi bahan mentah kepada
               industri membuat perabut dan pembinaan.


               Melalui  aktiviti  perhutanan  juga  telah  membawa  kepada  kemajuan  infrastruktur  seperti

               pembinaan jalan raya di kawasan pedalaman. Contohnya kawasan laluan lori balak digunakan

               juga sebagai jalan perhubungan oleh penduduk di pedalaman negeri Sarawak. Lama-kelamaan
               laluan  lori  balak  ditar  menjadi  jalan  raya  utama  kepada  penduduk  meningkatkan  darjah

               ketersampaian ke kawasan pedalaman.




                                                                                                       52
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57