Page 54 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 54
Kerajaan Malaysia juga menjalankan sistem penebangan memilih bukan kaedah tebang bersih
di kawasan hutan berhasil. Dalam sistem penebangan memilih, pokok yang cukup matang
sahaja yang ditebang iaitu cukup umur dan mempunyai diameter minimum 45cm hingga 50cm
dengan pusingan tebangan yang diamalkan ialah 30 tahun di Semenanjung Malaysia dan 25
tahun di Sabah dan Sarawak.
Kempen kesedaran tentang kepentingan hutan juga disampaikan kepada segenap lapisan
masyarakat dalam negara melalui pelbagai saluran seperti media cetak dan media elektronik.
Contoh kempen yang dilancarkan ialah “Hutan Warisan Dunia” dan “Cintailah Hutan Kita”.
Melalui kempen kesedaran diharapkan dapt mewujudkan masyarakat yang harmoni dengan
persekitaran hutan sejak dari usia muda.
Kaedah silvilkultur juga dilaksanakan iaitu pemulihan hutan yang melibatkan penubuhan
ladang hutan, pertumbesaran, penjagaan dan penggantian sesuatu dirian yang teratur.
Perladangan hutan kompensatori spesies kayu keras tropika yang cepat membesar dengan
pusingan jangka hayat pusingan hidup selama 15 tahun seperti akasia, batai dan sentang
dilaksanakan di Johor, Pahang dan Perak untuk menambahkan hasil hutan.
Usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) khususnya berkaitan pengurusan, penjagaan,
kawalan, rawatan dan biak baka pokok FRIM dan UPM. Matlamat FRIM ditubuhkan adalah
bagi mengembangkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan di dalam bidang pengurusan
hutan secara berkekalan dan pengeluaran hasil hutan yang bermutu.
Sumber alternatif bagi mengurangkan penggunaan kayu dalam bidang pembinaan juga
diamalkan. Kebergantungan kepada kayu untuk binaan bangunan ditukar kepada bata dan
simen untuk kerangka dan badan bangunan. Manakala aluminium digunakan untuk
menggantikan kayu alang untuk memasang atap bangunan.
Kesimpulannya, pelbagai langkah pemiliharaan dan pemuliharaan telah dijalankan oleh
kerajaan Malaysia bagi meneruskan kelestarian hutan negara.
54

