Page 53 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 53
Aktiviti perhutanan juga menggalakkan perkembangan bandar. Aktiviti pembalakan membawa
kepada kewujudan kilang-kilang papan menyebabkan sesuatu bandar menjadi tumpuan
penduduk dengan menyediakan peluang pekejaan. Contohnya Kenngau, Sandakan dan Kuala
Lipis yang membangun kerana aktiviti perhutanan.
Perhutanan juga menggalakkan perkembangan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).
Penyelidikan dan pembangunan perhutanan dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia (FRIM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Kajian oleh FRIM adalah memberi
tumpuan kepada penyelidikan pembangunan penggunaan sumber kayu sedia ada untuk
menghasilkan produk berkualiti dan nilai tambah yang tinggi. FRIM juga menyedia dan
membangungunkan pengetahuan saintifik yang penting bagi melindungi biodiversiti dan
perkhidmatan ekosistem di Malaysia untuk pengurusan bijak dan mampan. FRIM merupakan
salah satu institusi di dunia yang mempunyai kepakaran merangkumi semua aspek
penyelidikandan pembangunan perhutanan tropika.
(b) Bincangkan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan hutan yang
dilaksanakan di Malaysia. [13]
Rangka Jawapan
i. Langkah perundangan
ii. Sistem Penebangan Memilih
iii. Kempen Kesedaran
iv. Pendidikan
v. Penanaman semula hutan atau sivilkultur
vi. Penyelidikan dan Pembangunan
vii. Kitar semula kertas
viii. Sumber alternatif penggunaan kayu
Cadangan Jawapan
Langkah pemeliharaan hutan yang dilaksanakn di Malaysia ialah langkah perundangan melalui
Akta Perhutanan Negara 1984. Melalui akta ini, beberapa kawasan yang sesuai telah
diwartakan sebagai kawasan hutan simpan kekal. Contohnya Hutan Simpan Royal Belum,
Hutan Simpan Gunung Inas dan Hutan Simpan Sepilok. Hutan simpan merupakan kawasan
hutan yang perlu disimpan, dijaga dan dilindungi daripada sebarang aktiviti pembangunan
tanpa kebenaran pihak berkuasa iaitu Jabatan Perhutanan.
53

