Page 55 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 55

18.   (a)  Huraikan enam ciri  sektor industri kecil dan sederhana di Malaysia.  [12]

               Rangka Jawapan
                   i.  Taburan- di lot kawasan perindustrian yang berharga lebih murah dan berhampiran
                       dengan bandar,  desa, rumah kediaman sendiri, pinggir bandar
                   ii.  Skala- kecil, kurang formal, lebih mudah, pengkhususan tidak dapat diamalkan
                       sepenuhnya
                   iii.  Orientasi Pengeluaran:  domestik, sokongan kepada industri besar, eksport -iks
                   iv.  Modal: modal kecil dan sederhana tidak melebihi  RM2.5 juta, milik tunggal, syarikat
                       perkongsian atau syarikat sendirian berhad
                   v.  Buruh: Ahli keluarga , saudara mara, buruh kurang mahir - pendidikan formal yang
                       rendah berkelayakan dan kurang bertauliah, bilangan pekerja tidak melebihi 150
                       orang
                   vi.  Teknologi: teknologi rendah, intensif buruh dan kurang menggunakan mesin serta
                       kurang  menggunakan automasi


               Cadangan Jawapan

               Terdapat pelbagai ciri sektor industri kecil dan sederhana di Malaysia.  Antara ciri yang dirujuk

               ialah taburan, skala, orientasi pengeluaran, modal, buruh dan teknologi.


               Taburan  sektor  industi  kecil  dan  sederhana  di  Malaysia  ialah  terletak  di  lot  kawasan

               perindustrian yang berharga lebih murah dan berhampiran dengan bandar. Ada juga industri
               ini yang terletak di desa atau di rumah kediaman sendiri.


               Skala  sektor  industri  kecil  dan  sederhana    adalah  kecil,  kurang  formal,  lebih  mudah  dan

               pengkhususan tidak dapat diamalkan sepenuhnya.


               Orientasi  pengeluarannya  pula  adalah  berbentuk  domestik  dan  memberi  sokongan  kepada

               industri besar. Walaupun begitu, ada juga industri kecil dan sederhana berorientasikan eksport
               seperti industri batik.



               Ciri seterusnya ialah buruh dalam sektor ini lebih kepada ahli keluarga, saudara mara dan buruh
               kurang mahir.  Mereka hanya menerima pendidikan formal yang rendah berkelayakan dan

               kurang bertauliah.


               Modal sektor ini adalah kecil dan sederhana sahaja iaitu tidak melebihi RM2.5 juta.  Biasanya

               milik tunggal atau syarikat perkongisan atau syarikat sendirian berhad.



                                                                                                       55
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60