Page 58 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 58

juga dijangka akan bertambah dan ini akan meningkatkan lagi kepentingan sumbangan industri

               binaan dalam ekonomi. Ekonomi negara yang berkembang pesat menggalakkan kemasukan
               pelaburan asing dalam memajukan sektor ini. Kesannya pendapatan negara akan meningkat

               apabila sektor ini berkembang pesat dan mendapat permintaan yang tinggi daripada penduduk.
               Permintaan perumahan dan ruang niaga melebihi penawaran. Kemudahan pinjaman serta kadar

               faedah  yang  rendah  menggalakkan  lagi.  Sektor  ini  banyak  menyumbang  kepada  ekonomi

               negara.


               Sektor pembinaan turut menyediakan banyak peluang pekerjaan. Industri pembinaan membuka
               peluang pekerjaan meliputi pelbagai peringkat pekerjaan daripada tenaga buruh am, separa

               mahir, mahir serta profesional. Peluang pekerjaan yang banyak ini telah dapat mengurangkan

               kadar pengangguran dan membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk.Peluang pekerjaan
               yang  wujud  berupaya  meningkatkan  pendapatan  perkapita  serta  taraf  hidup  penduduk

               seterusnya kadar kemiskinan dapat dikurangkan.


               Selain itu sektor pembinaan telah memberikan kesan  pengganda . Berlaku perkembangan yang
               pesat  dalam  sektor  ekonomi  seperti  sektor  tertier.  Contohnya  sektor  perkhidmatan

               pengangkutan  awan,  telekomunikasi,  kewangan,  perbankan  dan  insurans  khususnya  di

               kawasan  yang  banyak  aktiviti  pembinaan  dan  sekitarnya.  Sektor  pembinaan  menjadi
               pemangkin kemajuan sektor-sektor lain.


               Sektor pembinaan  dapat mewujudkan kemajuan  infrastrukur dan perkembangan prasarana

               yang moden. Pembinaan landasan keretapi berkembar ,rangkaian lebuhraya, jambatan kedua

               dan  pelabuhan  telah  meningkatkan  ketersampaian  dan  mempercepatkan  pembangunan
               ekonomi kawasan mundur. Rakyat Malaysia dapat menikmati sistem pengangkutan yang cekap

               dan moden serta mempelajari teknologi moden dan inovasi baharu melalui projek usaha sama
               dengan negara maju. Kesannya jaringan infrastruktur dalam negara berkembang pesat. Semua

               tempat boleh dihubungi dengan mudah dan cepat.


               Seterusnya,  sektor  pembinaan  juga  menggalakkan  kemasukan  modal  dari  dalam  dan  luar

               negara. Kos yang tinggi diperlukan kerana keperluan pemindahan teknologi, kepakaran, bahan
               mentah serta upah pekerja. Modal yang  besar datangnya dari galakan pelaburan luar. Industri

               pembinaan seperti projek perumahan dan projek mega adalah sangat mahal.Modal yang besar
               amat diperlukan untuk menjayakan sesuatu projek pembinaan seperti projek mega pembinaan


                                                                                                       58
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63