Page 59 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 59

lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang serta pembinaan jambatan kedua

               Pulau  Pinang.  Projek  pembinaan  menara  berkembar  petronas  dijalankan  oleh  kontaktor
               Jerman. Selain itu Amerka Syarikat , Singapura, Hong Kong dan China banyak melabur modal

               dalam sektor ekonomi di Malaysia.


               Industri pembinaan yang berkembang pesat dapat mewujudkan perkembangan bandar baru.

               Kawasan  bandar  mengalami  rebakan  dan  seterusnya  berlaku  penyebaran  inovasi.  Melalui
               perancangan  dan  dasar  kerajaan  telah  memajukan  sesuatu  kawasan  baharu  dengan

               mewujudkan  bandar  yang  sistematik  dan  lebih  terancang  seperti  Putrajaya  di  Wilayah
               Persekutuan, bandar baru Nilai di Negeri Sembilan dan bandar baru Bangi di Selangor dan

               sebagainya. Lingkungan pengaruh bandar yang sedia ada akan menjadi semakin luas dengan

               berkembangnya sektor pembinaan.



                  (b)  Bincangkan kesan sektor pembinaan terhadap alam sekitar fizikal sesebuah bandar.
                                                                                                [13]
               Rangka Jawapan
                   i.  pembebasan habuk dan debu- pencemaran udara dan jerebu
                   ii.  menanam cerucuk-  aktiviti pembinaan berhampiran petempatan –pencemaran  bunyi
                   iii.  pembuangan sisa pepejal – pencemaran sampah sarap
                   iv.  tarahan  kawasan bukit – pembinaan lebuh raya dan jalan raya di kawasan berbukit
                       hakisan dan tanah runtuh
                   v.  kawasan tepu bina dan berturap - pembinaan landasan, jalan raya – menyekat aliran air
                       - banjir kilat
                   vi.  penebangan pokok  di bandar - pembebasan gas rumah hijau - peningkatan suhu mikro
                   vii. penimbusan tanah paya- kemusnahan kawasan tadahan air
                   viii.      - Kesimpulan


               Cadangan Jawapan


               Sektor  pembinaan menyebabkan pembebasan habuk dan debu yang banyak di bandar. Kerja-

               kerja meratakan tanah semasa proses pembinaan menyebabkan debu tanah berterbangan.
               Debu yang berterbangan ini akan menyebabkan berlaku pencemaran udara dan memburukkan

               lagi keadaan jerebu di bandar-bandar besar.


               Kerja-kerja penanaman cerucuk di tapak pembinaan yang berhampiran petempatan penduduk
               menyebabkan pencemaran bunyi. Bunyi bising juga dihasilkan daripada lori yang




                                                                                                       59
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64