Page 71 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 71

vii.  Proses pembandaran – peningkatan talian telefon/rangkaian dan pusat internet
                       viii. Meningkatkan perkhidmatan kerajaan - e-governan, e-perolehan, e-rekod, e-
                           operasi, e-penyelenggaraan

               Cadangan Jawapan


               Sektor  telekomunikasi  akan  meningkatkan  KDNK  negara  melalui  penggunaan  pelbagai

               rangkaian telekomunikasi oleh orang tempatan dan pertukaran wang asing. KDNK negara yang

               banyak dapat meningkatkan taraf hidup para penduduk.


               Telekomunikasi  turut  menyediakan  pelbagai  peluang  pekerjaan.  TELEKOM,  CELCOM,
               DIGI, MAXIS dan TM akan menawarkan banyak peluang pekerjaan untuk semua penduduk.

               Antara pekerjaan yang diketahui adalah juruanalisis sistem, programmer, pereka bentuk dan

               animasi digital.


               Kepentingan  telekomunikasi  yang  lain  adalah  kesan  pengganda.  Kemajuan  telekomunikasi
               akan memajukan sektor primer , sekunder dan tertier. Penggunaan rangkaian internet, telefon

               dan  alat  komunikasi  yang  lain  akan  mempercepatkan  lagi  urusan  tempahan  dalam  sektor
               pelancongan, perniagan dan perhotelan. Umpamanya urusan tempahan tiket penerbangan dan

               pembelian tiket secara online.


               Telekomunikasi yang maju akan memberikan kesenangan kepada penduduk luar bandar. Salah

               satu adalah perbankan yang wujud di kawasan luar bandar ekoran daripada perkembangan
               telekomunikasi.  Perkhidmatan  perbankan  yang  diwujudkan  di  luar  bandar  telah  memudah

               semua urusan penduduk luar bandar.


               Telekomunikasi akan mempercepatkan proses pembandaran. Peningkatan talian telefon dan

               rangkaian  internet  akan  menarik  minat  penduduk    untuk  tinggal  di  sesebuah  kawasan  dan
               seterusnya membolehkan sesebuah kawasan akan dinaiktarafkan menjadi kawasan  bandar.



               Telekomunikasi turut dapat meningkatkan perkhidmatan kerajaan. Penggunaan e-governan, e-
               perolehan,  e-rekod  dan  e-penyelenggaraan  akan  memudahkan  segala  urusan  rakyat  yang

               berkaitan  dengan  kerajaan.  Semua  urusan  kerajaan  akan  dapat  dilaksanakan  dengan  lebih
               efektif dan berkesan.




                                                                                                       71
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76