Page 72 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 72

24.  (a)  Sejauhmanakah faktor sejarah memainkan peranan dalam mewujudkan
                            ketakseimbangan pembangunan yang dialami oleh Malaysia.                          [13m]

               Rangka jawapan:
                   i.  Dasar penjajahan- memajukan kawasan yang berpotensi sahaja.
                   ii.  Terdapat faktor lain- faktor fizikal iaitu meliputi bentuk muka bumi.
                   iii.  Taburan sumber alam yang tidak seimbang.
                   iv.  Proses urbanisasi- tertumpu di kawasan pantai barat semenanjung Malaysia.
                   v.  Dasar dan polisi kerajaan yang lebih memajukan pantai barat semenanjung malaysia
                       dengan pelbagai pembangunan.
                   vi.  Faktor sosial.
                   vii.       - Penegasan


               Cadangan Jawapan



               Dasar  penjajahan  iaitu  pihak  penjajah  british  hanya  memajukan  kawasan  yang  berpotensi
               sahaja. Kawasan yang tiada sumber akan ditinggalkan dan negeri-negeri yang kaya dengan

               sumber alam sahaja yang dimajukan oleh pihak penjajah  seperti negeri perak, selangor, kuala
               lumpur dan negeri sembilan. Hal ini kerana pihak penjajah yang hanya ingin mengeksploitasi

               sumber bijih timah di negeri-negeri tersebut.


               Selain faktor sejarah terdapat faktor lain yang mewujudkan ketidakseimbangan pembangunan

               iaitu  faktor  fizikal  yang  meliputi  perbezaan  bentuk  muka  bumi  pantai  barat  Semenanjung
               Malaysia yang mempunyai keluasan kawasan tanah pamah, dataran pantai dan lembah yang

               subur dan luas berbanding dengan kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia serta sabah
               dan sarawak yang berbukit-bakau, bergunung-ganang dan lain-lain.


               Taburan sumber alam yang tidak seimbang seperti sumber mineral, hutan, bahan mentah dan

               sebagainya. Terdapat beberapa negeri yang kaya dengan sumber mineral lebih awal diterokai

               dan dimajukan hingga kini berbanding dengan sesetengah negeri yang amat kurang sumber
               berpotensi untuk dimajukan. Hal ini menyebabkan jurang ketidakseimbangan pembangunan di

               Malaysia.




               Faktor  urbanisasi  atau  perbandaran.  Perkembangan  bandar-bandar  pesat  berlaku  di  negeri-
               negeri di pantai barat semenanjung. Proses urbanisasi menjadi pemangkin kepada pertumbuhan



                                                                                                       72
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77