Page 73 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 73

ekonomi dan bandar tersebut dilengkapi pelbagai kemudahan awam, tumpuan pekerjaan dan

               sebagainya.  Manakala  proses  urbanisasi  yang  perlahan  di  negeri-negeri  pantai  timur
               Semenanjung Malaysia telah menyebabkan perkembangan ekonominya turut perlahan.


               Dasar dan polisi kerajaan yang lebih memajukan pantai barat Semenanjung Malaysia dengan

               pelbagai pembangunan ekonomi moden seperti perindustrian, perdagangan, perkhidmatan dan

               lain-lain. Manakala di pantai timur lebih menumpukan kepada pertanian tradisional pertanian,
               perikanan  dan  sebagainya.  Hal  ini  menyebabkan  aliran  migrasi  timur  ke  barat  bagi  tujuan

               mencari peluang pekerjaan. Kesannya taburan penduduk tidak seimbang.


               Faktor sosial yang meliputi kemudahan pendidikan, kesihatan, kemudahan asas, pengangkutan

               dan  perhubungan  lebih  tertumpu  di  negeri-negeri  pantai  barat  Semenanjung  Malaysia
               berbanding dengan negeri-negeri lain.




               (b)    Jelaskan enam strategi yang digunakan untuk mengurangkan jurang pembangunan
                       antara kawasan di Malaysia.                                                                                                          [12m]

               Rangka jawapan:
                   i.  Memperkenalkan rancangan pembangunan wilayah – membangunkan wilayah mundur.
                   ii.  Perindustrian desa – memajukan industri asas tani
                   iii.  Program pembangunan in-situ – menekankan pembangunan fizikal desa
                   iv.  Pembandaran desa- membandarkan kawasan luar bandar dan pekan yang berpotensi.
                   v.  Menyediakan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)
                   vi.  Memajukan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di desa.


               Cadangan Jawapan


               Rancangan pembangunan wilayah adalah satu strategi untuk membangunkan wilayah mundur

               berdasarkan  konsep  penjanaan  sumber  alam  dan  penerokaan  tanah  baharu  di  kawasan
               rancangan penempatan peneroka Felda dan Felcra. Pada tahun 2005, konsep pembangunan

               wilayah  baharu  diperkenalkan  yang  lebih  bersifat  jaluran  dan  koridor  iaitu  koridor  utara

               (NCER), koridor TENGAH, koridor SELATAN, koridor Pantai Timur (ECER) dan Koridor
               SABAH dan SARAWAK.







                                                                                                       73
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78