Page 34 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 34
14 (a) Sejauh manakah faktor fizikal mempengaruhi pemendapan di pinggir pantai. [13]
Rangka Jawapan
Faktor Fizikal
i. cerun pantai
ii. jenis ombak
iii. halangan semulajadi
iv. bahan muatan
v. saiz bahan
vi. tumbuhan
vii. arus pesisir pantai
Faktor Manusia
viii. pembinaan benteng pemecah ombak, jeti dan pelabuhan
ix. penambakan pantai
x. penanaman pantai
kesimpulan - Penegasan mesti lebih kepada faktor fizikal
Cadangan Jawapan
Pemendapan di pinggir pantai berlaku apabila bahan-bahan muatan menjadi pegun, terlonggok
dan tidak diangkut lagi oleh agen-agen seperti ombak, arus dan pasang surut. Proses
pemendapan di pinggir pantai bukan sahaja dipengaruhi oleh faktor fizikal tetapi juga oleh
faktor manusia.
Cerun pantai memainkan peranan yang penting. Pinggir pantai yang bercerun landai lebih
terdedah kepada tindakan ombak pembina yang giat mengumpulkan bahan-bahan
pemendapan.
Jenis ombak juga menentukan kadar pemendapan di pantai. Ombak pembinasa menghasilkan
damparan yang kuat dan unduran yang kuat oleh itu kadar pemendapan adalah rendah.
Manakala ombak pembina menghasilkan damparan yang kuat tetapi unduran yang rendah oleh
itu kadar pemendapan adalah tinggi.
Halangan semulajadi merujuk kepada halangan di hadapan pinggir pantai seperti pulau,
tanjung dan binaan manusia seperti benteng pemecah ombak dan pelabuhan. Kadar
pemendapan tinggi di pinggir pantai yang mempunyai halangan yang banyak oleh sebab bahan-
34

